Siapa pengeluar motosikal besar terbesar dunia?

 Satu laporan dalam newatlas.com menyebut bahawa Harley-Davidson menjual 250,000 unit setiap tahun di seluruh dunia, diikuti KTM dengan 200,000 unit, BMW 150,000 motosikal, manakala Triumph dan Ducati masing masing dalam anggaran 50,000. Jumlah kemuanya ini adalah bersamaan dengan jumlah pengeluaran Royal Enfield.
 Jualan Enfield terus berkembang di pasaran domestik, mendahului 700,000 motosikal dalam tempoh 12 bulan yang lalu.  Aspek yang paling menarik ialah tahap kejayaan jenama itu yang berterusan di pasaran India, di mana tempoh menunggu selama tiga bulan untuk kebanyakan model Royal Enfield adalah bagai perkara biasa di seluruh India. Tahun depan syarikat itu merancang untuk menghasilkan 900,000 motosikal dalam usaha untuk memenuhi permintaan terhadap motosikal mereka.



No comments: