Edisi Pulau Pinang telah menyasikan Riders Garage dan Rotten Motocycles bekerjasama menganjurkan DGR Pulau Pinang 2017, dengan kerjasama penuh dari Art of Speed Malaysia. Para peserta konvoi motosikal di sana telah berhimpun di Bandar Warisan UNESCO Georgetown dari pagi hingga tengah hari. Perjalanan konvoi dimulakan dari cawangan kedai motosikal Triumph Motorcycles Penang dan membuat beberapa hentian di tapak-tapak bersejarah untuk sesi fotografi dan juga meningkatkan kesedaran awam mengenai penyakit kanser prostat. Antara tapak-tapak perhentian bersejarah tahun ini adalah Padang Kota Lama, Tanjung Tokong dan perhentian terakhir nerupakan Hard Rock Café Penang dimana semua penunggang-penunggang segak bergaya dijamu dengan hidangan makanan tengah hari.
pengasas Rotten Motocycles, Wan Zamani Ahmad, 37, yang berasal dari Pulau Pinang yang juga merupakan pemilik bengkel restorasi dan binaan khas motosikal telah berusaha menghimpunkan semua komuniti motosikal yang berasal dari Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang untuk menyertai konvoi berpakaian kemas tahun ini bagi menyebarkan kesedaran mengenai kanser prostat dan kesihatan mental lelaki. Rotten Motocycles yang ditubuhkan sejak 2012 senantiasa meningkatkan kesedaran awam melalui acara masyarakat untuk memenuhi permintaan peminat kenderaan dua roda terutamanya di kawasan utara di Malaysia ini.
Zamani ataupun lebih dikenali sebagai Zam Rotten, apabla ditanya mengenai perancangan beliau selepas kejayaan DGR Penang berkata “Saya berasa bangga menjadi sebahagian daripada acara global ini dapat menyebarkan kesedaran awam mengenai gaya hidup sihat dan keselamatan jalan raya. Kami selalu menyokong usaha acara-acara masyarakat, dan edisi kedua Tryharder akan diadakan di Tanjung Bungah Pulau Pinang pada 23 & 24 Disember pada tahun ini. Tema tahun ini adalah “Tryharder Aloha Ride” dan semua hasil derma daripada acara ini akan disalurkan kepada badan-badan NGO tempatan di Pulau Pinang”.
Sementara itu, Jeremy Leong, berusia 29 tahun daripada Riders Garage akan membantu untuk menyokong penuh dengan kepakaran pentadbiran untuk memastikan acara ini berlangsung secara lancar dan bebas dari unsur-unsur mengaut keuntungan. Kedua-dua belah pihak bekerjasama secara sukarela sebagai cara untuk memberi semula kepada komuniti.
Daniel Hiew daripada cawangan Triumph Motorcycle Penang telah membantu secretariat pengelola acara: Jeremy dan Wan Zamani untuk memastikan konvoi motorsikal berjalan lancar denan bantuan Keith Scully yang menjadi ketua marshall pada hari konvoi tersebut.
Ringkasan DGR Penang kali kedua:
Jumlah pendaftaran penunggang : 255 penunggang
Jumlah kutipan dana : USD1500.00 (anggaran RM6000.00)
Anugerah:
1. Penderma Tertinggi : Stu Balfour
2. Pakaian Terbaik Lelaki : Mubin Ooi
3. Pakaian Terbaik Perempuan : Elayna Scully
4. Motorsikal Terbaik : Saiful – Honda Chaly
5. Dandanan Janggut Terbaik : Mohd Rozaifri b Mohd Radzi
6. Pakaian Terbaik Ratpack : Raymond Chin
7. Tryharder Award : Haji Selamat b Md Aris
Acara kebajikan Distinguished Gentleman’s Ride ini turut juga menambah satu lagi lokasi terkenal di Malaysia iaitu Johor Bahru. Acara konvoi di JB diketuai oleh Muhammed Khairul Neezal Razali, berusia 34 tahun dari Leftee Works, seorang tukang besi tembaga. Neezal juga menyatukan semua penunggang dari Johor dan termasuk warga Singapura untuk menyertai konvoi di negeri paling selatan di Malaysia ini. Art Of Speed mengambil bahagian dalam acara ini di Johor Bahru.
DGR JB bermula dari Triumph Motorcycles cawangan Johor Bahru disertai sarapan pagi untuk semua penunggang berdaftar. Perhentian seterusnya adalah Puteri Harbour, Kronoz Denim Johor Bahru untuk sesibergambar dan akhirnya ke Onn Kitchen untuk makan tengah hari.
Ringkasan DGR Johor kali pertama:
Jumlah pendaftaran penunggang : 138 penunggang
Jumlah kutipan dana : USD288.00 (anggaran RM1207.00)
Anugerah:
1. Penderma Tertinggi : Laile Suhaimi
2. Pakaian Terbaik Lelaki : Azraie A Shukor
3. Pakaian Terbaik Perempuan : Hazlina Bokhari
4. Motorsikal Terbaik : Sukri Mahat - Lambretta
5. Cabutan Bertuah : Mohd Syawal Ezam, Khalid Yunos Khan, Keris Paduka
Di Pulau Pinang dan juga di Johor Bahru, Art of Speed Malaysia telah membantu dari segi strategi pemasaran dan kepakaran mereka dalam mengelolakan acara untuk memaksimumkan kesedaran tentang DGR, kanser prostat dan kesihatan mental lelaki.
Acara Distinguished Gentleman’s Ride telah disertai 70,000 penunggang motosikal lelaki dan wanita sedunia yang berpakaian kemas dan vintaj dengan motosikal retro dan lama untuk acara kebajikan pada hari Ahad 24 September 2017.
Jalan-jalan di sekuruh dunia bersenandung dengan deruman motosikal klasik dan vintaj yang melalui lebih 600 kota di dalam perarakan yang luar biasa untuk mengumpulkan dana dan kesedaran kanser prostat dan program kesihatan mental bagi pihak rakan kongsi amal rasmi iaitu Yayasan Movember.
Latarbelakang acara:
• Ditubuhkan pada tahun 2012 oleh Mark Hawwa, Sydney Australia
• Telah mengumpul lebih $8M USD untuk kebajikan sejak 2013
• Sasaran 2017 adalah $5M USD untuk kanser prostat dan kesihatan mental bagi pihak Yayasan Movember
• 70,000 penungang berdaftar untuk mengambil bahagian dari 600 bandar di 95 negara pada 2017
• Duta selebriti global
• Ganjaran utama untuk penajaan dan penderma termasuk Triumph Motorcycles and Zenith Watches
Gambar gambar di Pulau Pinang
Add caption |
Gambar gambar di JB
No comments:
Post a Comment