KTM Malaysia malam ini mengumumkan kedatangan 250 Duke dan 390 Duke yang baharu.
Siri motosikal Duke yang terdiri dari Duke 200, 250 dan Duke 390 merupakan model jualan terbaik di Malaysia sejak tahun 2012 dan telah menguasai pasaran motosikal ringan. Reka bentuk agresif, ringan, pengendalian, kuasa dan teknologi Duke mengatasi pesaingnya dan dianggap hebat oleh ramai penunggang.
Mengetuai rangkaian baharu bagi 2017 ini ialah Duke 390. Kuasanya yang mendebarkannya itu menjadi kegemaran disamping tunggangan yang mengujakan. Duke 390 2017 ini lebih berkuasa di bawah rekabentuk badannya yang baharu, dengan enjin yang menjana 44 hp dan 37 Nm.
Pendikitnya kini dikawal dengan wayar (Ride-by-Wire) yang tidak lagi memerlukan kabel pendikit untuk tindak balas pendikit yang lebih licin. Kuasa disalurkan melalui cekam atau klac gelincir berbantu (slip and assist) yang bukan sahaja menghilangkan getaran semasa penurunan gear yang agresif tetapi juga menekan plat klac bersama untuk meminimumkan kehilangan kuasa apabila mengilas pendikit dengan kasar. Cakera brek depan 320mm lebih besar dan sistem ABS BOSCH memastikan kuasa hentian yang lebih selamat walaupun dalam keadaan yang sukar.
Duke 390 dibekalkan paparan pelbagai fungsi baharu yang merupakan konsol paparan TFT berbilang warna berkemampuan pepasangan Bluetooth dengan telefon pintar dan boleh dikawal dari hendal, yang merupakan perintis dalam kelasnya. Duke 390 ini juga buat pertama kalinya didatangkan dengan lampu utama LED radikal baharunya yang serupa dengan lampu Super Duke R.
Duke 250 baru juga telah menerima penambahbaikan yang agresif. Enjin Duke 250 kini mengeluarkan 30 bhp dan dipasangkan dengan transmisi cekam atau klac gelincir berbantu (slip and assist), kesemuanya disokong kerangka yang ringan. Tupang hadapan adalah dari pakar suspensi White Power atau WP, yang memaparkan kartrij terbaharunya dengan teknologi terkini yang terdiri daripada peralatan yang sedikit dan ini membuatnya lebih ringan, lasak dan berprestasi tinggi dalam semua spektrum keadaan.
Duke 250 baharu kini direka bentuk secara agresif sebagai saudara Super Duke R 1290, selain reka bentuknya yang unik. Kedudukan menunggang yang agresif mempercepatkan nadi penunggang ke mod perlumbaan, dan tangki bahan api lebih besar dibekalkan untuk simpanan lebih banyak, sementarapelana baharunya adalah selesa untuk penunggangan sporty serta perjalanan berpembonceng.
Kedua-dua KTM Duke 250 dan KTM Duke 390 baharu ini boleh didapati dalam dua warna. Harga runcitnya termasuk GST adalah Rm21,730 bagi KTM Duke 250, manakala KTM Duke 390 pula ditawarkan pada harga RM28,800
Galeri Duke 390
Galeri Duke 250
No comments:
Post a Comment