Pasangan Mohd Alfishahrin Zakaria dan Diana Latief pulang ke tanahair setelah menamatkan tunggangan mencabar ‘Kapcai To London’ sejauh 26,000km. Pasangan tersebut telah mengharungi penjelajahan selama 146 hari dan melepasi 24 negara.
Perjalanan mereka bermula pada 10 April lepas dari Batu Caves, Selangor dan berakhir pada 31 Ogos lalu bertepatan dengan Hari Kebangsaan di Kedutaan Malaysia di London.
“Kami sangat bersyukur kerana akhirnya telah tiba di tanahair setelah berbulan meninggalkan kawan-kawan dan keluarga tercinta. Terlalu banyak kenangan pahit manis untuk dikongsi bersama mereka”, kata Alfishahrin sebaik tiba.
GIVI selaku penaja sampingan kepada tunggangan berkenaan telah menyambut pasangan berkenaan di KLIA pada 15 September lepas. GIVI telah membekalkan Helmet M30.3, Jaket Blackjack, Baju Hujan RRS03, Topcase E43NTL-ADV beserta Sidecase E22 untuk dipadankan dengan motorsikal Honda RS150R didalam jelajah ini. Alfishahrin dan pasangannya Diana akan berada di acara ‘Kapcai Mega Gathering’ yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada Sabtu 23 September 2017 ini.
No comments:
Post a Comment