Valentino Rossi berdegil untuk cuba mengambil bahagian dalam GP Aragon hujung minggu ini. Selepas menguji kecergasannya dengan Yamaha R1 untuk beberapa pusingan di Misano pada hari Isnin dan Selasa, pelumba Movistar Yamaha MotoGP itu telah memutuskan untuk mengambil bahagian dalam Gran Premio Movistar de Aragon yang menjelang.
Pelumba Itali itu masih perlu disahkan sihat untuk berlumba, dan kemudiannya akan melalui sesi latihan bebas FP1 untuk menilai kemungkinan berlumba pada hari Ahad. Andainya beliau tidak dapat bersaing dalam acara itu, penunggang WorldSBK Belanda Michael van der Mark akan menggantikan Juara Dunia sembilan kali tersebut.
"Nasib baik, semalam saya mempunyai ujian yang baik dengan YZF-R1M saya di Misano. Saya cuba juga hari sebelum ini, tetapi hujan mengganggu latihan saya selepas beberapa pusingan," kata Rossi. "Semalam saya dapat menyelesaikan 20 pusingan dan ia nya menjawab persoalan saya. Saya mengucapkan terima kasih kepada Dr. Lucidi dan kakitangannya, yang membantu saya mencari penyelesaian yang terbaik untuk merasakan kesakitan paling sedikit di kaki saya semasa saya menunggang. Di akhir ujian saya mengalami sedikit kesakitan, tetapi pagi ini saya telah mengunjungi Dr. Pascarella untuk pemeriksaan perubatan, dan ia nya ber keputusan yang positif. Oleh itu saya memutuskan akan hadir di Aragón dan akan cuba meunggang M1 saya hujung minggu ini. Jika saya diisytiharkan sihat untuk berlumba, saya akan mendapat jawapan sebenar selepas FP1, kerana menunggang M1 merupakan cabaran yang lebih besar.
No comments:
Post a Comment