'The Twinboss' hadiah utama pengunjung AOS'17



Art of Speed Malaysia telah menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah Art of Speed Malaysia Ke-6 yang telah berlangsung pada 29 & 30 Julai lepas di MAEPS Serdang. Mohd Fadly bin Mohd Zerain, 42 tahun dari Puncak Alam Selangor telah memenangi motosikal 'The Twinboss' yang merupakan Yamaha RXZ 135 enjin berkembar yang dibina oleh FNG Works dan difabrikasi oleh Beautiful Machines. Fadly memenangi sorakan orang ramai bagi menewaskan 2 finalis lain pada di pentas utama petang terakhir acara Julai lepas itu. Perekanya Irwann Chen, 26 tahun dari dari FNG Works, Ipoh dan pemilik Beautiful Machines, Rajay Singh turut menghadiri majlis penyampaian hadiah tersebut.

Pengasas Art Of Speed Malaysia, Asep Ahmad juga mengumumkan bahawa Art of Speed akan mengadakan lawatan yang dipanggil “Gasolina Tour 2017”. Gasolina Tour 2017 akan diadakan secara bersendirian dan menyokong penganjur tempatan untuk mencipta kandungan berkualiti bagi acara komuniti mereka sendiri.
Hentian pertama merupakan di Port Dickson untuk PD Bike Fest pada 9 September dan kemudiannya berlanjutan ke Kelantan untuk acara kerjasama Speed Demon bersempena acara Rugged Rachun Ride yang dianjurkan oleh Rachun MC di Pantai Irama, Bachok pada 16 & 17 September 2017. AOS akan menuju ke Johor untuk membantu Leftee Works yang menjadi tuan rumah acara kebajikan global iaitu Distinguished Gentlemen’s Ride pada 24th September ini. AOS bakal hadir di Puteri Harbour, Johor untuk mengambil bahagian dalam acara tahunan Festival Iskarnival IP Kool. Pengunjung boleh mengharapkan acara Art Of Speed Johor yang lebih besar dan lebih baik dengan kandungan hebat untuk pengunjung dan peminat kereta & motosikal di festival tiga hari pada 24, 25 & 26 November kelak.

Kontinjen AOS juga akan berlepas ke Jepun untuk memenuhi undangan menghadiri acara tahunan 26th Annual Yokohama Hot Rod Custom Show 2017 pada 3 Disember. Edisi tahun ini akan menyaksikan seramai 20 peserta dari Malaysia dan Indonesia mengambil bahagian dalam lawatan yang dianjurkan oleh AOS ini. Maklumat lebih lanjut mengenai Gasolina Tour 2017 dan aktiviti mereka boleh didapati dengan melayari Facebook & Instagram @artofspeedmy

Motosikal RXZ “The Twinboss” itu mempunyai spesifikasi berikut:
• Kerangka: Custom Special Construction (FEA tested)
• Enjin: dua buah enjin Yamaha RXZ 135
• Ekzos: ciptaan Legend Racing Garage
• Hantaran akhir: Rantai
• Roda depan: aloi 18" dengan tayar Bridgestone
• Roda belakang: aloi 17" dengan tayar Pirelli Slicks
• Brek: cakera dua angkup (belakang sahaja)
• Pendawaian: kustom
• Kerja Badan: stail 'Digger' style, dengan tangki dan pelana kustom oleh Beautiful Machines
• Tuil kawalan (kaki): kustom
• Alat Kawalan (tangan): Hendal 'Clip-on' dengan kabel tersorok
• Kerja cat: oleh Slingshot
• Hiasan Garishalus: oleh Wildman, MOONEYES Japan



No comments: