ARRC kan ke Australia?


Penganjur Asia Road Racing Championship iaitu Two Wheels Motor Racing, dan Motorcycling Australia yang merupakan penganjur Kejohanan Superbike Australia telah bersetuju untuk mengikat kerjasama bagi membangunkan sukan pemotoran secara lebih luas dan memperkuat lagi hubungan antara benua Asia dan Oceania untuk membawa sukan tersebut ke aras lebih tinggi.

Salah satu daripada halatuju yang ditetapkan adalah untuk menyediakan ruang yang lebih luas bagi para pelumba di rantau ini untuk mencapai tahap persaingan tertinggi di antara kedua-dua kejohanan itu dan juga pelaraskan penyeragaman peraturan-peraturan berkaitan dengan sebaik mungkin. Bagi menafaat perkembangan pelumba, ia nya dirasakan penting untuk memberi mereka peluang berlumba bersama-sama di antara mereka sekerap mungkin, agar mempercepatkan proses serta menambah minat mereka dan semua yang terlibat dalam kejohanan masing-masing.

ARRC jelas sekali berminat untuk memperluaskan Kejuaraan tersebut ke Australia dan akan bekerjasama rapat dengan Motorcycling Australia untuk mencari penyelesaian terbaik.

Nampaknya agak jelas bahawa kini telah wujud satu kemungkinan besar bahawa kita akan dapat menyaksikan salah satu pusingan siri perlumbaan terbesar motosikal Asia itu akan menambah negara kanggaroo itu dalam senarai penganjurannya akan datang. Mungkinkah dalam tahun 2018....?

No comments: