Beli produk Shell di Lazada dan berpeluang temui Lorenzo JL99

 Mulai hari ini 3 Oktober sehingga 20 Oktober kelak, beli satu pek Shell Advance dan dua tin Minuman Tenaga Monster melalui Lazada Malaysia dan anda mungkin menjadi antara 100 pemenang bertuah yang akan berpeluang untuk mendapatkan Hadiah Utama iaitu jemputan khas ke sesi santai bersama penunggang Ducati Jorge Lorenzo JL99 pada 25 Oktober 2017 kelak. 

Hadiah Pertama pula merupakan satu tiket Hillstand dan kit aluan ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk 150 pemenang bertuah, manakala 20 pemenang seterusnya akan membawa pulang Hadiah Kedua iaitu sebuah beg galas edisi khas Monster Recon setiap seorang.

Pembelian mana-mana pek Shell Advance Ultra atau Ultra Scooter dari 3-20 Oktober juga mungkin membolehkan anda mendapat satu tiket Hillstand dan kit aluan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) atas dasar siapa cepat dia dapat!

Manakala dari 25-29 Oktober pula, pembelian satu karton Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus atau Shell Advance AX7 akan memberi anda peluang untuk memenangi sepasang cermin mata Oakley yang ditandatangani oleh Jorge Lorenzo.

Pengurus Besar Shell Lubricants bagi Malaysia dan Singapura, Baljit Singh, menyatakan bahawa kerjasama yang berterusan antara syarikat tersebut dan Lazada Malaysia ekoran kejayaan pelancaran minyak motor untuk kereta penumpang Shell Helix pada Ogos lalu membuktikan bahawa mereka gigih berusaha untuk memenuhi keperluan pelanggan.

“Kini kami menyediakan kemudahan untuk penunggang di seluruh negara yang menginginkan perlindungan yang lengkap bagi enjin motosikal mereka yang hanya boleh didapati daripada Shell Advance. Dengan membuat pembelian di Gedung Rasmi Dalam Talian Shell Malaysia, anda boleh ‘redah’ apa juga perkara yang tidak diduga dan ketidakpastian mengenai kualiti atau ketulenan produk tersebut. Lebih hebat lagi, anda mungkin mendapat ganjaran, sama ada pertemuan yang tidak dapat dilupakan dengan Jorge Lorenzo dari Ducati atau tiket Hillstand di SIC yang telah dikhaskan untuk Shell bagi tahun ini,” katanya.

Baljit juga melahirkan rasa gembiranya kerana produk-produk Shell Advance dan Shell Helix, menerusi Gedung Rasmi Dalam Talian Shell Malaysia, akan menjadi sebahagian daripada ekstravaganza beli-belah iaitu Revolusi Dalam Talian Lazada Malaysia pada 11 November 2017 ini.

Acara tahunan ini adalah pesta beli-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara. Bertemakan ‘Shop the Universe’, para pembeli di enam buah negara akan dapat membeli jutaan produk dari seluruh dunia pada harga yang luar biasa. Tahun ini, buat pertama kalinya, penawaran tersebut akan turut merangkumi minyak enjin motosikal Shell Advance serta minyak motor untuk kereta penumpang Shell Helix yang tulen dan diperolehi dari sumber rasmi.

“Kami begitu teruja untuk memperluaskan lagi kerjasama kami dengan Shell Malaysia dengan pengenalan rangkaian minyak motosikal Shell Advance di platform kami. Para penunggang di seluruh Malaysia kini dapat menikmati akses dalam talian yang tiada bandingannya kepada produk yang tulen dengan hanya beberapa klik sahaja. Kami mengharapkan lebih banyak lagi produk dan perkhidmatan akan diperkenalkan di Gedung Rasmi Dalam Talian Shell Malaysia dalam kami mempersiapkan diri untuk kempen terbesar kami pada November ini, iaitu Revolusi Dalam Talian,” kata Hans-Peter Ressel, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia.

Untuk melawat Gedung Rasmi Dalam Talian Shell Malaysia, sila layari https://goo.gl/6X6o5b

Setiap pembelian minyak motosikal Shell Advance dari sumber rasmi akan dihantar terus ke pintu rumah pelanggan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

No comments: