Cabaran Yamaha NVX kekal hangat

Cabaran Yamaha NVX yang dibawa oleh pihak Hong Leong Yamaha bersama-sama penganjur bermula pada pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Jasin, Melaka pada Ogos lepas.

Perlumbaan yang menggunakan motosikal Yamaha NVX 155 melibatkan penyertaan 20 remaja belasan tahun dalam pencarian bakat baharu sukan permotoran kini. Acara ini menggunakan format serupa dengan dua perlumbaan satu pengeluar sedia ada iaitu Yamaha Petronas Super series dan juga Honda Wave Alpha Challenge. Dengan itu, pengenalan kategori ini menjadi satu lagi landasan untuk remaja belasan tahun mempamerkan kebolehan mereka dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai pelumba muda berpotensi.
Setelah tiga pusingan berlangsung, kedudukan keseluruhan Cabaran Yamaha NVX ini didahului Md Muazim Shah Anuar, penunggang jentera bernombor 17 dari Selangor. Muazim yang menunggang untuk pasukan NVX Sheng Kong Motor kini berbekalkan 48 mata menjelang pusingan kesembilan hujung minggu ini d Batu Kawan kelak.

Dengan 50 mata lagi menjadi rebutan, saingan untuk Cabaran Yamaha NVX 155 ini nyata masih sengit bagi kebanyakan pelumba muda ini.Pencabar terdekat Muazim merupakan teman senegerinya Md Shafiq Kamaruzzaman dengan jentera bernombor 14 dari pasukan NVX Berjaya Mega. Pertama kali menaiki podium cabaran ini di Jempol dalam pusingan lepas, Shafiq membawa 44 mata bersamanya, mendahului rakan sepasukannya Md Harith Rosmaza yang hanya 3 mata di belakang.
Di belakang mereka, dua lagi pelumba yang masing masing pernah menduduki tangga kedua podium iaitu Md Zairul Kazzreen (15) dari pasukan NVX GT-MAX dan Alim Akmal Md Zumali (2) yang mewakili pasukan NVX BLH Racing masing masing berbekal 37 mata, nyata masih mampu memberika cabaran sengit kepada ketiga kita pendahulu hadapan.

Pelumba berikutnya dalam carta keseluruhan Md Fariszul Hasmi dan kesemua mereka yang lain walaubagaimanapun masih boleh memberikan saingan dberkesan dalam baki dua perlumbaan musim ini, menjadikan cabaran NVX 155 ini sesuatu yang masih perlu diberikan perhatian oleh peminat perlumbaan motosikal tempatan. Saksikan aksi mereka di Batu Kawan hujung minggu ini!








No comments: