Keeway Patagonian Eagle 250 bersemangat berontak


 Dengan reka bentuk Chopper pada era 60-an dan awal 70-an, Patagonian Eagle 250 ini dilengkapi dengan Silinder berkembar, enjin  251cc penyejukan minyak yang berkuasa yang dapat menjanakan kuasa kuda yang tinggi. Patagonian Eagle ini dikatakan  mempunyai gaya yang menarik, kuasa yang tinggi, keupayaan yang cekap dan merupakan sebuah produk yang sempurna dan sesuai terutama sekali buat penunggang yang gemarkan motosikal berdasarkan kustom.


Selain daripada reka bentuk yang menarik, Patagonian Eagle juga  dilengkapi komponen seperti krom ekzos 2-ke-2, roda 5-spok dramatik di mana saiz roda di depan adalah 18 inci manakala saiz belakang adalah 15 inci. Seterusnya, Patagonian ini juga menggunakan hendal santai ke belakang radikal, pelana bertingkat dan berpenyandar.
Selain itu, komponen-komponen seperti brek cakera hadapan yang cekap, tangki minyak yang reka bentuk titisan air dengan kapasiti sebanyak 12 liter,n yalaan elektronik bebeas risau, penghidup elektrik, silinder dihitamkan bersama dengan hiasan krom mewah juga terdapat pada Patagonian Eagle 250. 


Patagonian Eagle 250 merupakan sebuah motorsikal yang dilengkapi dengan pelbagai komponen yang canggih dan sangat sesuai kepada setiap penunggang motosikal. Terdapat 2 jenis pilihan warga model Patagonian Eagle iaitu warna Hitam Matte and Merah Metallic Matte serta harga pasaran adalah sebanyak RMRM9,388 ( tidak termasuk Gst dan kos lain)

Spesifikasi.
Enjin
Jenis enjin
2 silinder, 4 lejang, 4 injap
Anjakan (cc)
249cc
Kuasa Maximum
13kW@8000
Max.Torque
Bore& stroke
Ø55x 52.5
Nisbah Mampatan
9.0:1
Kotak Gear
5- Kelajuan
Klac
Plat basah berganda
Pengawalan Bahan Api
Karburetor
Penghidup
Elektrik
Nyalaan
C.D.I
Final Drive
Rantai
Sistem Pelincir
Tekanan Pelincir Pancuran
Sistem penyejukkan
Sejukan air
Chasis
Kerangka
Bassinet type
Suspensi depan
Fork Teleskopik travel  120mm
Suspensi belakang
Teleskopik gegelung spring terendam minyak travel 70mm
Brek depan
Ø260mm cakera
Brek belakang
Drum Ø 130mm
Tayar depan
90/90-18
Tayar belakang
130/90-15
DImensi
Panjang keseluruhan
2180mm
Lebar keseluruhan
970mm
Ketinggian keseluruhan
1180mm
Ketinggian kedudukan
695mm
Jarak roda
1460mm
Pelepasan tanah
148mm
Berat kering
145kg
Kapasiti tangki minyak
12 liter
Beteri
12 AV 9 Ah (12 N9-4B)









18 comments:

terokai seni said...

bilo nak launching ni

Salihin Rahim said...

dah ada dalam pasaran

hj hamim said...

saya dah beli motor ni..keseluruhan memang best..cuma nak free gear dlm keaddan enjin hidup agak susah..dah tanya kedai..dia pun bgtau masalah yg sama dialamai oleh customer lain..

Unknown said...

Rem skit sambil free gear.. Tu aje cara yg ada

lemanshahj@gmail.com said...

Hj. Hamim, adjust 2 screw kat lever clutch(kat tangan)..dapatkan freeway adjustment..

Unknown said...

Setakat ni moto ada apa2 masalah tak?berapa liter minyak hitam moto ni pakai?

razak2 said...

Brapa top speed eagle ni? Consumption petrol 1 litre dpt brapa km? Minat nak beli kalau ok.

matshi said...

Pengguna motor ni boleh join group FB di Patagonian Eagle 250 Group MALAYSIA - ( Keeway P.E.250.MY).,.. Juga ada grup wasap... Laman web tak rasmi di https://pe250.diaryofevents.com

Unknown said...

Meter minyak xde... nak kena tgk sendiri kat tangki... Last2 tukar meter secara analog

Unknown said...

Boleh bos.. kena adjust.. saya punya waktu bergerak pun sng nak free gear..

Shook said...

Pengguna motor ni boleh join group FB di Patagonian Eagle 250 Group MALAYSIA - ( Keeway P.E.250.MY).,.. Juga ada grup wasap... Laman web rasmi di https://www.pe250.my

Ride ke Melaka pada 28/2/2020 nanti.

Unknown said...

Blh join x 28/2 nanti..

Helmiluqman said...

Sama bos masalah dgn sy. Tp bila adjust cabel clutch..dah ok..

ray syah said...

ekzos bising tak

Unknown said...

Hello Geng eagle 250, nak tanya sikit. 12/litre minyak boleh jalan berapa KM. Saya baru beli.trims

RAIZULI MOKHZAN said...

Rekomen Tak untuk beli moto ni?

Mzah said...

Belilah jenis lain lagi baik,,saya dah guna model ni setahun, banyak problems, tangki patrol fork depan serta injin block cepat bocor,,nak repair dan clim terlalu lambat

Daniel said...

Hai semua, saya bercadang nak beli motor, ada komen dari rakan2 berkenaan model motor ni? Tq