Honda Malaysia kini memudahkan lagi penjagaan kereta Honda dengan memperkenalkan bahan lapisan perlindungan badan kereta Ultra Body Coating, yang pertama diluluskan untuk kegunaan semua model kereta mereka. Pelanggan kini boleh menggunakan produk inovatif ini yang membantu mengekalkan cat badan kereta agar kekal dalam keadaan asalnya tanpa bimbang untuk membatalkan jaminan cat kereta mereka.
Produk lapisan Ultra Body Coating oleh Honda Access diperbuat daripada bahan berasaskan kaca dengan fungsi pelincir yang menyediakan penyelenggaraan yang lebih mudah dan antirosak yang berkesan dan untuk melindungi cat badan kereta. Mana-mana model dari Honda Malaysia kini boleh mempunyai permukaan badan yang licin dan berkilat dengan hanya satu aplikasi lapisan revolusioner ini yang dapat memberikan kilatan tahan lama hingga tiga tahun. Pemeriksaan tahunan adalah diwajibkan untuk mendapat jaminan tiga tahun produk ini.
Ultra Body Coating ini telah diuji dan diluluskan oleh Honda Access, dan boleh didapati dengan harga RM2,880. Pakej ini juga termasuk penyelenggaraan percuma selama dua kali, sekali setiap enam bulan pada tahun pertama. Hanya jika perlu, penyelenggaraan ketiga dan seterusnya akan dikenakan (Terma dan Syarat dikenakan).
No comments:
Post a Comment