Menjelang Grand Prix Motosikal Shell Malaysia, pendahulu kejuaraan Marc Marquez (Pasukan Repsol Honda) dan Jorge Lorenzo dari pasukan Ducati menghadapi persaingan yang berbeza - di gelanggang badminton! Berpaangan dengan pemenang pingat perak Olimpik Yap Kim Hock dan Rashid Sidek di Velodrom Nasional Malaysia di Nilai, kedua-dua mereka bersaing untuk melihat siapa yang akan memenangi pertandingan pertama hujung minggu.
"Sukar untuk bermain," ujar Marquez sambil tersenyum , yang mencuba acara itu buat julung kalinya. "Ia kali pertama saya bermain dan sukar untuk memahami kelajuan bola tangkis ini. Saya berpeluh sedikit! "
"Saya mencuba tetapi saya tahu ia akan agak sukar," kata pelumba Ducati, yang mengalami kemalangan dalam sesi latihan untuk GP Australia. "Saya masih mengalami kesakitan di bahu dan pergelangan kaki jadi ia nya tidak mudah, tetapi kami berseronok dengan Marc dan bermain secara profesional. Ia adalah pengalaman yang menarik ... sama dengan tenis tapi sedikit berbeza! "
Selepas beberapa perlawanan pertama, lagenda MotoGP™ Mick Doohan membuat penampilan wildcard di penghujung acara ketika dia masuk untuk menggantikan Lorenzo. "Ia bukan mudah," jelas pelumba berbangsa Australia itu. "Pada mulanya, saya fikir ia akan menjadi dan beberapa hits pertama adalah ok ... tapi kemudian saya kehilangan rentak permainan! Tetapi ia adalah acara kecil yang menyeronokkan dan saya tidak pernah mencubanya sebelum ini, jadi ia menyeronokkan. "
Marquez juga gembira telah mengambil bahagian, dan di ambang perlumbaan pertama di mana dia boleh meraih gelaran juara, berkata ia amat bagus untuk mengalihkan perhatian dari dunia dua roda buat seketika: "Ia amat bagus untuk mempunyai acara seperti ini. Ia membantu anda melupakan motosikal seketika dan melupakan tekanan hujung minggu perlumbaan! "
Tetapi persaingan tetap persaingan, dan penyandang nombor 93 memenangi permainan itu - sesuatu yang akan cuba diulanginya hujung minggu ini apabila perebutan gelaran mencecah titik kemuncak di Litar Antarabangsa Sepang.
Lorenzo tidak sabar untuk kembali ke litar, memandangkan litar Sepang merupakan tempat yang lebih sesuai bagi Ducati. "Ia adalah trek yang sangat berbeza," jelas anak Majorcan tersebut. "Membrek keras dan selekoh perlahan, tidak seperti Phillip Island. Ia nya juga lebih luas ... ia sepatutnya lebih baik untuk jenetera kami. Phillip Island adalah hujung minggu yang sukar jadi kami berharap untuk berlumba lebih baik di sini. "
Mentaliti Marquez tetap sama menjelang hujung minggu walaupun inilah peluangnya untuk meraih gelaran, dengan tumpuan untuk meningkatkan cabaran dan tetap tenang di bawah tekanan.
"Kami akan cuba memberikan 100%, fokus dan mempunyai mentaliti yang sama seperti dalam perlumbaan lain," tegas Juara bertahan itu. "Sekarang kita mempunyai kelebihan yang baik, kita perlu tenang dan selesaikan perlumbaan. Dari hari Jumaat mentaliti saya adalah sama - mula mendesak 100% dan menilai bagaimana tahap kami pada Ahad. "
No comments:
Post a Comment