Honda Riding Assist-e merupakan motosikal eksperimen yang mempamerkan teknologi kawalan imbangan unik Honda. Ia dibangunkan melalui penyelidikan robot humanoidnya. Motosikal ini secara automatik mengimbang sendiri menggunakan mekanisme bantuan yang diperoleh daripada teknologi robotik, untuk situasi tunggangan perlahan yang memerlukan perhatian penunggang untuk mengimbanginya, seperti dalam kesesakan lalu lintas atau memulakan dan menghentikan tunggangan.
Dengan mengimbangi motosikal itu sendiri, perjalanan dan kehidupan bermotosikal mampu dilaksanakan dengan lebih mudah dan lebih seronok, tanpa mengorbankan keterujaan menunggang. Riding Assist-e dikuasakan oleh e-Drive yang merupakan unit kuasa mesra alam. Model ini menandakan satu langkah lagi ke arah merealisasikan wawasan Honda 2030 untuk "menikmati kebebasan bergerak" dan "masyarakat bebas karbon."
No comments:
Post a Comment