Usaha keras pasukan akhirnya membuahkan hasil bagi Mohd Ramdan Rosli apabila berjaya mengatasi masalah gear menjelang
perlumbaan akhir untuk meraih kemenangan sulung CP150 musim 2017 pada
perlumbaan pusingan kelapan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Bandar
Seri Jempol, Negeri Sembilan semalam.
Malang bagi rakan sepasukannya yang merupakan pendahulu kedudukan keseluruhan, Kasma Daniel Kasmayudin
terjatuh dan gagal meneruskan perlumbaan. Pencabar kasma ketika itu, Ahmad Afif Amran
(PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) turut terjatuh namun berupaya meneruskan
perlumbaan namun sekadar tamat di kedudukan ke-15. Ini merupakan kali pertama Kasma gagal menamatkan perlumbaan dan menaiki tangga utama podium musim 2017 ini dalam kesemua enam perlumbaan yang disertainya.
Ramdan dicabar Adib |
Ramdan telah mempamerkan aksi cemerlang sepanjang tiga pusingan lepas
termasuk dua gelaran naib juara di Selangor (Pusingan 5) dan Melaka (Pusingan 6),
pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu bergelut dengan masalah gear
sepanjang sesi latihan yang menyaksikannya sekadar bermula dari petak kelapan. Namun pelumba berusia 21 tahun itu menamatkan 20 pusingan
perlumbaan dengan masa keseluruhan 15’24.031s mengatasi pemenang tempat kedua, Md
Adib Rosley (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) dengan kelebihan 0.388s. Md Iqbal Amri Abd Malek (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ)
berjaya meraih podium pertama setelah menamatkan perlumbaan di tempat ketiga
dengan masa 15’25.255s .
“Setiap sesi latihan saya menggunakan pelarasan yang
berbeza-beza dan sewaktu sesi Superpole, saya masih gagal untuk menyesuaikan
diri dengan jentera saya. Saya mengalami masalah gear pada sesi Superpole dan
terpaksa bermula dari petak kelapan,” jelas Ramdan.
Tambahnya, “Pada peringkat awal perlumbaan, saya tidak yakin
mampu menamatkan saingan di atas podium. Namun selepas masuk pusingan ke-10, ditambah
dengan ketiadaan rakan sepasukan, Kasma Daniel, saya berjaya berada di kelompok
depan. Saya hanya mengekalkan rentak saya dan mencari peluang untuk memintas
Adib. Saya gembira kerana dapat memenangi perlumbaan pertama dalam karier CP150
saya.”
Kemenangan ini meletakkan Ramdan di tangga
keempat keseluruhan dengan 70 mata manakala Kasma kekal di tangga teratas
dengan 125 mata. Ahmad Afif kedua dengan 100 mata manakala Ahmad Fazli Sham
ketiga dengan 75 mata.
Sementara itu dalam saingan CP115, Mohd Akid Aziz (PETRONAS
Sprinta Yamaha Maju Motor) meraih kemenangan kelima peribadi pada musim 2017 sekaligus
semakin hampir untuk mempertahankan gelaran keseluruhan yang dimenangi pada
musim lepas.
Akid yang bermula dari petak pertama menamatkan 15 pusingan
perlumbaan dengan masa keseluruhan 11’50.983s diikuti Tengku Amirul Haffirudin
(Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) kedua dengan masa 11:51.333s dan Ahmad
Syukran Aizat (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ) ketiga, 11:55.239s.
Selepas lapan pusingan, Akid kini mengumpul 155 mata dan
hanya dua mata lagi diperlukan untuk mengesahkan gelaran keseluruhan ketika
perlumbaan musim 2017 hanya berbaki dua pusingan sahaja. Rakan sepasukan Md
Haziq Md Fairues berada di kedudukan kedua dengan 107 mata manakala Ahmad
Syukran ketiga dengan 94 mata.
Dalam saingan Wira, Mohd Aiman Tahiruddin (PETRONAS Sprinta
Yamaha – Afb Tech) muncul juara dengan masa keseluruhan 9’37.095s diikuti Mohd
Aiman Azman (V-Fier Oil Legacy Motorsport Racing) yang meraih podium pertamanya
pada musim ini muncul naib juara dengan masa 9’39.905s dan Mohd Syafieq Aiman
Fauzi (Elf Koyoko KC Racing Team) ketiga, 9’43.537s.
Kemenangan di Jempol meletakkan Mohd Aiman selesa di tangga
teratas dengan untuk terus 132 mata manakala Syafieq Aiman kekal di tangga
kedua dengan mengumpul 110 mata. Saiful Azhary Muhamad (Idemitsu Kozi Yam Honda
Racing) yang menamatkan perlumbaan di tempat keenam kekal di tangga ketiga
dengan 103 mata.
KEPUTUSAN PUSINGAN 8, JEMPOL, NEGERI SEMBILAN
CP150
1 Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 15:24.031s
2 Md Adib Rosley (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 15:24.419s
3 Md Iqbal Amri Abd Malek (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha –
CKJ 15:25.255s
4 Md Izzat Zaidi Md Salehan (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY
Pang Racing 15:26.256s
5 Ahmad Fazli Sham (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 15:29.545s
Kedudukan Keseluruhan
1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju
Motor 125 mata
2 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 100
mata
3 Ahmad Fazli Sham (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 75
mata
4 Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 70
mata
5 Md Adib Rosley (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 67
mata
CP115
1 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 11:50.983s
2 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang
Racing 11:51.333s
3 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 11:55.239s
4 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 11:55.401s
5 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju
Motor 11:55.545s
Kedudukan Keseluruhan
1 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 155
mata
2 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju
Motor 107 mata
3 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 94
mata
4 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang
Racing 72 mata
5 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK)
PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 66 mata
WIRA
1 Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha - AFB
Tech 9:37.095s
2 Md Aiman Azman (SGR) V-Fier Oil Legacy Motorsport Racing 9:39.905s
3 Md Syafieq Aiman Fauzi (JHR) Elf Koyoko KC Racing Team 9:43.537s
4 Md Faiz Zekri Sabri (PNG) TKKR Racing Team 9:45.486s
5 Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha -
AFB Tech 9:45.971s
Kedudukan Keseluruhan
1 Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha - AFB
Tech 132 mata
2 Md Syafieq Aiman Fauzi (JHR) Elf Koyoko KC Racing Team 110
mata
3 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing
103 mata
4 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 87
mata
5 Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha -
AFB Tech 73 mata
No comments:
Post a Comment