- Lancar program kesetiaan pelanggan dan perniagaan bersepadu ‘Shell Advantage and Rewards’ (SHARE)
- Malaysia merupakan pasaran yang pertama di dunia yang melancarkan SHARE
- Waranti Enjin Shell Helix (SHEW) untuk kereta berusia kurang lapan tahun/ kurang daripada 150,000 km
- Baucar Lazada bagi pendaftaran dengan pembelian
- Peringatan untuk penukaran minyak
- Tawaran beli 3-percuma1 bagi pembelian Shell Helix Ultra
Shell Helix Ultra kini melancarkan kempen terbaharu minyak motor sintetik sepenuhnya tersebut, iaitu kempen jenama global ‘Drive On’, Kempen ini bertujuan
untuk menonjolkan peri pentingnya menghayati sebab di sebalik pemanduan dan
emosi yang dibangkitkan menerusi satu siri filem yang menakjubkan.
Matlamat utama kempen ‘Drive On’ dari Shell Helix Ultra ini ialah untuk
memberikan inspirasi kepada pemandu dan pemilik bengkel dalam mengatasi
cabaran seharian dan meneruskan semangat mereka dalam pemanduan dan
pengembangan perniagaan mereka.
“Bukan
mudah bagi para pemandu untuk benar-benar memahami kepentingan minyak pelincir enjin , dan lebih sukar lagi bagi pihak bengkel untuk menyedarkan pemandu
supaya mengambil berat hal tersebut. Dengan kempen ‘Drive On’
Shell Helix Ultra, kami menunjukkan kepada pemandu di Malaysia bagaimana
minyak pelincir enjin sintetik sepenuhnya ini dapat menyemarakkan lagi
semangat untuk mereka memandu. Tidak kiralah jika mereka memandu kerana
ngauman enjin, atau untuk merasai kebebasan di jalan yang terbuka,
Shell Helix Ultra direka untuk melindungi enjin kereta daripada
rintangan yang boleh mengganggu prestasi supaya para pemandu dapat
menikmati perjalanan yang menyeronokkan,” kata Troy Chapman, Pengarah
Eksekutif Shell Lubricants – Asia Tenggara & Oceania.
Tambahnya,
“Dengan Shell Helix Ultra, yang diperbuat daripada gas asli, pemandu
boleh meyakini bahawa setiap penukaran minyak didatangkan dengan
teknologi termaju yang membawakan perlindungan yang tiada bandingannya
bagi prestasi enjin yang terbaik. Bagi rakan niaga kami pula, ia memberi
keyakinan kepada mereka, kerana mereka tahu bahawa mereka dapat
menawarkan produk pelinciran yang terbaik di pasaran serta mereka
sentiasa mendapat sokongan daripada kami. Yang paling utama, semua yang
memilih Shell Helix dapat menikmati faedah dan ganjaran serta-merta.”
Teras
kempen ini adalah program kesetiaan pelanggan dan perniagaan bersepadu
yang dikenali sebagai ‘Shell Advantage and Rewards’ (SHARE). Malaysia merupakan pasaran yang pertama di dunia yang melancarkan
SHARE, yang mencerminkan komitmen Shell untuk memastikan urusan
pelanggan dan rakan niaga berjalan dengan lancar.
Bagi
pemandu yang membeli sama ada Shell Helix Ultra dengan Teknologi
PurePlus, High Mileage, HX7 atau HX5, mereka akan dapat menyertai dunia
ganjaran SHARE dengan pendaftaran dalam talian yang mudah di www.shell.com.my/share.
Ini termasuklah baucar Lazada bagi pendaftaran
kali pertama dengan pembelian, tawaran 3-campur-1 bagi pembelian Shell
Helix Ultra, peringatan untuk penukaran minyak dan promosi bermusim.
Bagi mereka yang memiliki kereta berusia di bawah lapan tahun dan perbatuan kurang daripada 150,000 km, mereka juga layak untuk mendapatkan Waranti Enjin Shell Helix (SHEW) secara percuma bila mereka menjalankan servis kereta dengan Shell Helix Ultra, High Mileage atau HX7. Waranti enjin yang unik dan pertama seumpamanya di pasaran ini kini merupakan sebahagian daripada program SHARE.
Untuk
mempermudahkan lagi program ini, Shell telah menghasilkan aplikasi mudah
alih SHARE yang mesra pengguna bagi rakan niaga untuk membantu mereka
mendapatkan dan mengekalkan pelanggan serta menguruskan inventori dengan
lebih baik. Aplikasi ini juga membolehkan pemilik bengkel dan mekanik
mengumpul mata dengan setiap produk Shell Helix yang mengambil bahagian
yang dijual kepada pengguna, dan menebusnya untuk mendapatkan
hadiah-hadiah menarik.
Sempena
dengan pelancaran kempen tersebut, Shell Helix 'Drive On' Roadshow akan
diadakan di lokasi terpilih di seluruh negara bermula pada 13 Oktober
hingga 24 Disember 2017 dengan hadiah yang menarik untuk dimenangi. Dua
puluh lima pemenang bertuah juga akan membawa pulang hadiah Ferrari
dalam pertandingan media sosial Shell Helix #IDriveFor. Sila kunjungi www.shell.com.my/driveon untuk malumat selanjutnya.
16 comments:
Saya lebih memahami kemunculan SHARE ada kaitan dengan Helix Ultra dan produk lain, nampaknya kempen ini menawar banyak faedah, cuma kena ikut syarat-syarat mereka semasa daftar kempen ini.
saya sedang fikir mana satu minyak kereta sesuai anak saya punya honda civic, helix ultra? helix hx7?
Nor Hatini: apa tu SHARE? helix ultra dari shell kan jika x silap?
shell ni minyak engine lagi apa nak share? bukan utk lancar dan tahan engine kerata tu ke?
ada apa blh share lagi?
Farina SHARE ialah Shell Helix Engine Warranty, bagi customer yg register member dia dpt warranty bila ada masalah engine atau guna minyak engine shell...
pergi website blh dpt byk infomasi... https://share.shell.com/consumer/my/Pages/Login.aspx
Billy Wong Shell helix ultra menyediakan minyak tulen yang boleh melindungi enjin ...
helix hx7 juga boleh tetapi tidak seperti ultra ...
bagaimanapun, kini shell mendapat jaminan yang dipanggil SHARE...
hanya menjadi member mereka dan dapatkan ganjaran atas jaminan ...
masa itu tidak kira ultra atau helix hx7 juga mendapat perlindungan...
i feel other brands are almost same with shell, cause i always try different brand engine oil to my car..but not sure will hv any effect to my car or not
Aq dengar jname shell produk ni mahal cikit..berbanding jname lain, betol ke?
@Ban Lee, SHARE adalah Shell Advantage Rewards, bukan Shell Helix Engine Warranty...
sangat beza berdua-dua ini...
SHARE ini boleh bagi free minyak engin semasa kali ke empat tukar minyak engin...
boleh register account dan ada reminder untuk tukar minyak engin
Tulangg, depends, because as i know shell are using better quality oil, the shell helix ultra do have puretechnology plus, this technology are giving better performance to engine, more protection also, thats why expensive a bit than other.
@Ban lee
Terima kasih atas jelaskan kamu...
lepas saya baca article lain tentang produk dia, saya rasa Helix hx7 lebih sesuai kereta anak saya, sebab dia dapat meningkat daya tahan enjin dan membersihkan kesan minyak enjin lama.
saya lebih suka fungsi Helix hx7 banding dgn lain.
@Farina
SHARE tu satu sistem ganjaran untuk pengguna Shell Helix Ultra, HX7 dan High Mileage. Dalam dia ada banyak faedah, tapi saya tak ingat ada apa dalam, sebab banyak sangat.
@Ban Lee
Shell Helix Engine Warranty tu SHEW lah, Satu feadah dalam SHARE. Jangan keliru ya!
@Billy Wong
shell helix hx7 biasa boleh diguna kepada banyak kereta biasa, macam myvi, saga dan lain2, tapi bukan performance kereta sangat
@Nor Hatini
SHEW itu memang untuk engine warranty? macam mana apply?
ada t&c x?
Post a Comment