Verstappen : " Saya cuma teruskan saja!"

Max Verstappen meraikan ulang tahun ke-20nya penuh gaya sensasi dengan memenangi Grand Prix Malaysia yang terakhir di Sepang. Pelumba Belanda yang menyambut ulang tahunnya pada hari Sabtu, menambah kemenangan GPnya dengan mengawal perlumbaan dari awal.

Bermula dari tempat ketiga, dia mendapat manfaat daripada persaraan awal Kimi Räikkönen sebelum menangkis serangan oleh Valterri Bottas di Selekoh 1. Langka penting mengatasi pemimpin kejuaraan Lewis Hamilton muncul pada awal pusingan empat dan sejak itu dia tidak perlu lagi menoleh kebelakang untuk meraih kemenangan penting.

Lebih manis lagi bila Verstappen disertai di podium oleh rakan sepasukan, Daniel Ricciardo di tempat ketiga, hampir mengulangi kemenangan 1-2 mereka 12 bulan lepas.

Ricciardo yang berasal dari Australia telah memungut podium kelapannya dalam musim yang mengagumkan selepas mempamerkan beberapa kemahiran defensif yang baik untuk menangkis serangan Sebastien Vettel.

MAX VERSTAPPEN, Kedudukan Selesai: 1, Kedudukan Bermula: 3
"Ia menakjubkan untuk memenangi perlumbaan hari ini. Saya segera dapat melihat rentak kami agak baik dan Lewis sedang berjuang dengan cengkaman tayar. Saya cuma perlu teruskan untuk menggunakan peluang ini sebaiknya dan menggunakan semua kuasa bateri yang ada untuk memintasnya. Saya tahu bahawa dia berjuang untuk kejuaraan dan tidak akan mengambil terlalu banyak risiko, jadi saya cuma teruskan saja. Sebaik sahaja saya melepasi Lewis, saya tahu mulai dari sana dan seterusnya saya akan dapat mengawal perlumbaan. Kereta kami benar-benar baik dan rentak kami pada tayar lembut itu adalah lebih baik dari yang saya harapkan. Ia adalah perlumbaan yang sangat fizikal dan sangat hangat di dalam kereta, dan saya tidak merasakan begitu cergas pada hujung minggu ini tetapi kami berjaya membawa pulang kejayaan. Anda tidak boleh meramalkan baki sepanjang musim, tetapi kami terus memperbaiki kereta dan ia nya kelihatan positif. Oleh itu diharapkan dari sekarang dan seterusnya kita boleh membina semangat ini untuk sepanjang tahun dan akan mempunyai permulaan yang baik untuk musim depan. Saya tidak menjangka bahawa kami akan begitu pantas hujung minggu lepas dan tidak menjangka untuk menang di sini, jadi saya sangat gembira. "
DANIEL RICCIARDO, Kedudukan Selesai: 3, Kedudukan Bermula: 4

"Saya menikmati perlumbaan hari ini. Pada awalnya saya berharap saya dapat tamat di tempat kedua tetapi kemudian selepas keluar dari pit, saya hanya berkira untuk memegang psisi ketiga setelah diasak Sebastian. Saya sentiasa terpaksa mengekangnya dan membuatnya sesukar yang boleh tetapi saya terkejut bahawa terdapat hanya satu serangan yang benar benar menggugat saya. Mungkin dia telah banyak menghauskan tayarnya sewaktu cuba menyerang saya dan mempunyai masalah selepas itu. Sejujurnya ​​saya mengharapkan lebih banyak pertarungan sehingga tahap akhir perlumbaan dan ini akan menjadikannya lebih menarik kerana beberapa pusingan terakhir adalah seperti agak sepi. Podium kedua ini adalah hasil yang sangat positif untuk kami. Jelasnya, Max mendapat kejayaan besar dan memandu dengan baik dan saya mengucapkan tahniah kepadanya atas kemenangangannya; dia memandu begitu hebat sepanjang hujung minggu. Terdapat beberapa sentuhan tambahan pada kereta di sini dan saya fikir kita akan cuba lagi di Suzuka; ia kelihatan positif bagi kami di litar di mana daya tekanan ke bawahnya (downforce) begitu tinggi."













No comments: