TCO (atau Total Cost of Ownership) ditakrifkan sebagai jumlah keseluruhan yang dibelanjakan bagi kenderaan atau peralatan, termasuklah kos perolehan dan operasi sepanjang jangka hayatnya; dan juga yang tidak kurang pentingnya, kos lepas akibat kehilangan produktiviti ketika masa henti.
Shell Rimula telah menggandakan usahanya untuk meningkatkan kesedaran tentang risiko yang dihadapi oleh pemilik angkatan kenderaan. Sebagai jenama minyak enjin diesel tugas berat (HDDEO) yang terkemuka di pasaran, Shell Rimula baru-baru ini berkongsi pandangan bernilai dengan pemilik angkatan kenderaan mengenai cara untuk mengurankan kos bagi setiap kilometer dalam usahanya untuk membantu perniagaan menguruskan TCO.
Pada persidangan teknologi satu hari yang diadakan bersempena dengan Malam Shell Rimula 2017 di Sibu, Sarawak, hasil keputusan tinjauan antarabangsa yang dijalankan di kalangan pembuat keputusan dalam sektor angkatan kenderaan di lapan buah negara utama di seluruh dunia dibentangkan kepada lebih 500 orang peserta.
Tinjauan tersebut menunjukkan bahawa banyak syarikat memandang ringan potensi penjimatan yang dapat diperolehi daripada pelinciran kenderaan dan peralatan yang berkesan. Sebaliknya, pelincirlah yang lazimnya akan terjejas apabila kos dikurangkan.
Lebih daripada separuh responden mengakui kesilapan berkenaan pelinciran telah mengakibatkan kerosakan yang merugikan. Satu daripada tiga responden percaya bahawa masa henti yang tidak dirancang telah menyebabkan kerugian lebih RM435,000, manakala satu daripada lima responden menyatakan bahawa mereka telah kerugian lebih daripada RM1 juta sepanjang tempoh tiga tahun yang lalu.
Menurut Pengurus Besar Shell Lubricants – Malaysia & Singapura, Baljit Singh, sebagai jenama HDDEO pilihan di Malaysia, tanggungjawab Shell Rimula adalah untuk membalas kepercayaan pelanggannya melalui kerjasama yang erat supaya mereka dapat membuat keputusan yang lebih baik berkenaan pelincir.
“Shell merupakan pembekal pelincir nombor satu dunia selama 11 tahun berturut-turut, oleh itu pelanggan kami menganggap kami sebagai pakar dalam bidang yang selalunya tidak diberi perhatian ini. Tujuan kami ialah untuk membantu pembuat keputusan penting dalam sektor angkatan kenderaan memahami kepentingan peranan yang dimainkan oleh pelincir dalam membantu mengurangkan TCO dan meneroka penyelesaian yang ada untuk menangani isu TCO,” katanya.
Memandangkan jumlah kos bahan api yang boleh mencapai sehingga 39% daripada kos keseluruhan operasi angkatan kenderaan, kebanyakan pengendali angkatan kenderaan lebih cenderung untuk menggunakan pelincir yang lebih murah sebagai penyelesaian jangka pendek.
Bagaimanapun, En Baljit menekankan bahawa walaupun pelincir yang lebih berkualiti adalah lebih mahal, dalam jangka masa panjang, ia akan dapat mengurangkan kos dengan mengurangkan kerosakan dan masa henti.
“Semuanya berkisar pada membuat keputusan yang bijak. Pertama sekali, sentiasalah pilih pelincir atau gris yang sesuai. Kedua, laksanakan pengurusan pelinciran yang berkesan kerana pelincir yang paling bagus sekalipun tidak akan dapat memberi kesan yang baik sekiranya tidak diuruskan dengan baik. Ini bermaksud penyimpanan dan pengendalian yang betul. Sentiasa pastikan tempat, masa, jumlah, pemantauan dan latihan yang betul untuk kakitangan,” tambahnya.
Pada Malam Shell Rimula 2017, lapan pelanggan bertuah diumumkan sebagai pemenang bagi Promosi Global Shell Rimula tahun ini. Mereka adalah Han Fatt Yen, Ngu Tien Ching dan Tie Teck Ngiet dari Miri, Sarawak; Ko Ing Kong dan Simon Ling dari Sibu, Sarawak; Matthew Chai dari Kuala Lumpur; Tan Kui Min dari Sandakan, Sabah; dan Teh Kar Chun dari Subang Jaya, Selangor.
Mereka memenangi lawatan eksklusif VIP ke Shanghai yang ditanggung sepenuhnya, di mana acara kemuncaknya adalah sesi penemuan khas di Shell Shanghai Technology Centre (STC).
Shell STC adalah salah satu daripada pusat yang terkini dalam jaringan global Shell. Pusat ini dibangunkan khas bagi penyelidikan dan pembangunan yang berterusan dan berfungsi sebagai pusat sokongan teknikal bagi pelanggan pelincir Shell di seluruh Asia. Ia mencerminkan kepimpinan teknologi Shell dan hasratnya untuk memahami keperluan pelanggan dengan lebih baik serta menghasilkan penyelesaian pelinciran untuk mengatasi cabaran yang mereka hadapi.
Shell Lubricants telah dikenali sebagai pemimpin pasaran global selama 11 tahun berturut-turut, yang menandakan bermulanya dekad kedua syarikat tersebut sebagai peneraju industri. Pengiktirafan ini disahkan oleh laporan 15th Edition ‘Global Lubricants Industry: Market Analysis and Assessment: 2016-2026 oleh Kline & Company yang diterbitkan baru-baru ini. Laporan ini meliputi sektor tersebut dalam tahun 2016.
Shell mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran global dengan bahagian pasaran sebanyak 11%, dari segi jumlahnya – dengan jualan antara 4,400 – 4,500 kilotan pelincir. Ini adalah bersamaan dengan lebih daripada 5 bilion liter keluaran siap.
Untuk maklumat lanjut mengenai Shell Rimula, sila layari www.shell.com.my/rimula.
No comments:
Post a Comment