ARRC 2017 sampai ke penghujung

Perebutan gelaran juara FIM Asia Road Racing Championship musim 2017 kini sampai ke penghujungnya.  LitarAntarabangsa Chang akan menjadi tuan rumah untuk finale musim ini sebagai medan di mana juara terakhir akan ditentukan.

Kejohanan Racing Road Asia merupakan siri perlumbaan motosikal peringkat antarabangsa yang pertama untuk mengadakan acara lumba di Litar Chang pada tahun 2014. Sejak itu, litar mesra penonton ini menjadi kegemaran di kalangan pasukan dan penunggang di Asia.

Rekod kemenangan di Litar Antarabangsa Chang ini dipegang oleh tiga pelumba - Yuki Takahashi (SuperSports 600cc), Nakarin Atiratphuvapat (Asia Production 250cc) dan Hiroki Nakamura (Piala Asia Dream Cup). Setiap penunggang tersebut telah menang empat kali di Litar Antarabangsa Chang. Namun mereka ini tidak berlumba dalam ARRC musim 2017.

Satu-satunya pelumba yang mempunyai peluang untuk mencipta rekod kemenangan baharu di Litar Chang adalah dalam kategori Underbone 150cc. Pelumba Indonesia Wahyu Aji Trilaksana telah menang tiga kali di Litar Antarabangsa Chang sehingga kini. Dia berpeluang untuk mencipta rekod baharu memenangi lima perlumbaan jika dia berjaya merangkul kemenangan berganda dalam pusingan akhir hujung minggu ini.




MAKLUMAT LITAR ANTARABANGSA CHANG
Panjang: 4.554km
SELEKOH: 12
KANAN: 7
LIRI: 5




Anggaran jumlah masa perlumbaan:
SuperSports 600cc: 31mins
Asia Production 250cc: 21 minit
Underbone 150cc: 20 minit
Cabaran Asia Suzuki: 17 minit

JADUAL PERLUMBAAN

Khamis 30 November 2017
0900 UB150 FP1
0940 AP250 FP1
1020 SS600 FP1
1110 Honda TTC FP1
1300 UB150 FP2
1340 AP250 FP2
1420 SS600 FP2
1510 HondaTTC FP2

JUMAAT 1 Disember 2017
0900 Honda TTC FP3
0940 AP250 FP3
1020 SS600 FP3
1110 UB150 QP
1150 SAC FP1
1310 Honda TTC QP
1350 AP250 QP
1430 SS600 QP
1520 UB150 SuperPole
1600 SAC FP2

SABTU 2 Disember 2017
0900 Honda TTC WU
0920 UB150 WU
0940 AP250 WU
1000 SS600 WU
1025 SAC QP
1130 Honda TTC R1 – 15 Laps
1310 UB150 R1 – 8 Laps
1405 AP250 R1 – 10 Laps
1505 SS600 R1 – 18 Laps
1610 SAC R1 – 7 Laps

AHAD 3 Disember 2017
0830 SAC WU
0850 Honda TTC WU
0910 UB150 WU
0930 AP250 WU
0950 SS600 WU
1030 Honda TTC R2 – 15 Laps
1120 SAC R2 – 7 Laps
1310 UB150 R2 – 8 Laps
1405 AP250 R2 – 10 Laps
1505 SS600 R2 – 18 Laps

No comments: