Kejohanan FIM Asia Road Racing akan memperkenalkan kelas Superbike mulai musim 2019. Spesifikasi teknikal untuk kelas baharu ini akan menyamai Peraturan FIM SuperStock. Kategori FIM Superstock adalah sebagaimana kategori Kejohanan Superbike Dunia tetapi semua motosikal adalah lebih dekat dengan spesifikasi asal dan terdapat sekatan umur pada pelumba. Jentera FIM Superstock dibenarkan untuk diubahsuai bagi tujuan untuk keselamatan dan lebih tahan kemalangan / kebolehgunaan dan bukannya untuk tujuan prestasi, seperti pelindung atau fairing gentian kaca dan alat kawalan di tangan dan kaki yang lebih baik. Jentera FIM Superstock juga dibenarkan mengubahsuai pelapik brek dan cakera, sistem pacuan rantai, sistem ekzos, bahagian dalaman tupang atau fork, dan penyerap kejutan belakang.
Pengarah Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd, Ron Hogg berkata, "Sejak kami mula-mula mengumumkannya dalam tahun 2015 lagi tentang niat kami untuk mengadakan kelas perlumbaan Superbike, kami telah mengadakan pelbagai mesyuarat dengan semua yang berkepentingan dalam industri lumba motosikal Asia. Kami percaya bahawa sudah tiba masanya untuk menjadikan konsep bagi mengadakan kelas Superbike Asia sebagai satu realiti. Baru-baru ini, kelas SuperBike telah menjadi kelas perdana utama dalam pelbagai kejohanan kebangsaan di rantau Asia."
"Keputusan itu akan membuka peluang penyertaan yang lebih banyak bagi pengeluar yang tidak dapat berlumba di dalam Kelas SuperSports 600cc. Ia juga akan membolehkan pelumba Asia terus membangunkan tahap menunggang mereka dalam kelas pengeluaran utama. Akhir sekali, kami berharap kelas baharu akan menarik penunggang utama dari di seluruh dunia untuk berlumba di rantau ini, dengan itu membangkitkan semangat dan sukan bermotor di Asia."
No comments:
Post a Comment