Cabaran NVX akhir dijangka sengit

Berikutan pembatalan Pusingan 9 di Batu Kawan akibat bencana alam yang melanda tempohari, saingan untuk kejuaraan keseluruhan musim 2017 kiniterbuka kepada enam pelumba yang menduduki senarai teratas carta keseluruhan.

25 mata maksimum yang ditawarkan di Bandar Penawar kelak malah mungkin menobat pelumba di tempat keenam, M Fariszul Hasmi yang menunggang jentera bernombor 12 dan juga rakan rakannya Md zairul Kazzreen dan Alim Akmal Md Zumail, walaupun mereka mungkin akan terpaksa mengharapkan para pendahulu teratas gagal mengutip sebarang mata bagi membuka peluang kejuaraan untuk mereka.
Namun begitu, perhatian tentunya akan tertumpu kepada tiga pelumba teratas dalam carta kutipan mata iaitu Md Muazim Shah S. Anuar yang menunggang motosikal nombor 17 dan mewakili NVX Sheng Kong Motor yang akan ke Johor berbekalkan 48 mata. Beliau diikuti Md Shafiq Kamaruzzaman yang menunggang motosikal bernombor 14 untuk pasukan NVX Berjaya Mega yang kini telah mengumpulkan 44 mata, dan diekori Md Harith Rosmaza dengan motosikal nombor 13 juga untuk pasukan NVX Berjaya Mega.

Muazim dan Shafiq tentunya penuh semangat untuk merangkul kejuaraan cabaran yang diadakan julung kalinya ini, dengan hanya empat mata memisahkan mereka, namun akan perlu berhati hati untuk memastikan penamat yang positif agar tidak tersingkir dan gagal menutip mata atas sebab sebab yang tak diingini atau remeh. Bagaimana kesuahannya? Sama sama kita nantikan Ahad ini!




No comments: