Mohd Aiman
Tahiruddin diharapkan akan tenang dan kekal fokus dalam menghadapi perlumbaan pusingan
terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di
Dataran bandar penawar, Johor, 18 dan 19 November ini.
Anak didik Ahmad Fuad Baharudin itu kini mendahului kedudukan keseluruhan kategori
WIRA dengan jumlah 132 mata dan hanya memerlukan tiga mata sahaja lagi bagi
mengesahkan gelaran selaku juara keseluruhan musim 2017.
Namun, Fuad yang juga pengurus pasukan PETRONAS Sprinta
Yamaha – AFB Tech tidak mahu pelumba muda berusia 16 tahun itu berasa gementar
dan melakukan kesilapan yang boleh meranapkan impian untuk bergelar juara
keseluruhan.
“Di atas kertas, tiga mata yang diperlukan nampak mudah,
tetapi situasi berbeza di atas litar. Mungkin pelumba akan berasa sedikit
gementar dan ini akan menyebabkan berlaku kesilapn dan hilang fokus,” jelas
Fuad,” jelas juara keseluruhan tiga kali kategori perdana itu.
Tambahnya, “Dalam perlumbaan penting seperti ini, Aiman
perlu tenang dan berlumba seperti biasa seperti perlumbaan-perlumbaan lepas. Dari
segi persiapan jentera pula, dia tidak perlu bimbang kerana kami akan
menyediakan yang terbaik untuknya. Kami juga mahu melihat dia menamatkan musim
di atas podium.”
Kedudukan Keseluruhan Kategori WIRA
1 Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha - AFB
Tech 132 mata
2 Md Syafieq Aiman (JHR) Elf Koyoko KC Racing Team 110 mata
3 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing
103 mata
4 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 87
mata
5 Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha -
AFB Tech 73 mata
No comments:
Post a Comment