• Tambahan terkini kepada kepelbagaian Harley-Davidson Softail® baharu
• 43mm tupang terbalik baharu, ditambah pelarasan kawalan jauh pra-beban spring penyerap kejutan hidraulik belakang
• Dikuasakan oleh enjin Milwaukee-Eight 107 V-Twin
• Kedua-dua fairing dan pannier boleh ditanggalkan dengan cepat dan mudah
• Lampu LED penuh dan kawalan kruis elektronik
Harley-Davidson® Sport Glide™ baharu merupakan artis serba berubah, sebuah jentera kustom kilang yang agresif yang dilengkapi dengan pelindung atau fairing yang boleh ditanggalkan dengan mudah, sesuai untuk meninjau, menjelajah atau berulang alik. Sport Glide serba boleh meluncur dengan bergaya melalui jalan-jalan di bandar dan turut bersedia untuk perjalanan hujung minggu pendek atau jarak jauh.
Model kesembilan platform Harley-Davidson Softail® yang terbaharu dan dalam senarai 100 motosikal berimpak tinggi yang dirancang untuk diperkenalkan pada tahun 2027, Sport Glide menyajikan gabungan teknologi dan gaya yang menarik.
Casis Softail baharu yang menyokong Sport Glide direka untuk menjadi ringan dan sengit bagi menyampaikan kecekapan dan pengendalian prestasi, manakala lojikuasa Milwaukee-Eight 107 V-Twin yang tegar mencapai puncak tork untuk pecutan dan hantaran kuasa yang lancar.
Sport Glide akan tersedia dalam tiga warna pejal: Hitam, Ceri dan Perak.
Lojikuasa Milwaukee-Eight 107 yang diwarna hitam membawa prestasi dan kecanggihan baru kepada kruiser Harley-Davidson Big Twin, termasuk Sport Glide baharu. Dwi-aci pengimbang ditala untuk menghapuskan getaran utama semasa enjin melahu sambil membenarkan karektor enjin untuk dirasa penunggang pada kelajuan santai. Enjin itu dipasang tegar di dalam bingkai, yang menstabilkan casis dan menghubungkan penunggang secara langsung ke maklumbalas lojikuasa.
Penyejukan terpilih di sekitar kawasan terpanas kepala silinder juga meningkatkan keselesaan penunggang dan penumpang. Ekzos 2-1, dengan kepala belakang panjang dan peredam bunyi ekzos hitam menyumbang kepada gaya sport motosikal dan meningkatkan kelegaan bumi di selekoh. Kawalan pendikit elektronik membolehkan kawalan kruis elektronik standard.
Para penunggang yang menginginkan keunggulan prestasi Milwaukee-Eight yang lebih kukuh boleh beralih kepada Harley-Davidson Parts Motor Accessories untuk menaik taraf ke Screamin' Eagle dari peredam bunyi Street Cannon dan pilihan kemasukan udara tinggi sehingga ke Tahap IV yang meningkatkan anjakan kepada 114 inci padu, yang cukup berkuasa!
Pelana yang luas, sokongan dan kawalan kaki yang dipasang ke hadapan menyumbang kepada segitiga penunggang yang direka untuk penunggang pelbagai saiz; ketinggian pelana ditetapkan pada hanya 652.7mm. Lampu LED Daymaker dikelilingi oleh gelang lampu LED dan dilengkapi lampu belakang LED terang (dan petunjuk belakang LED). Slot pengecas USB, penghidup tanpa kunci dan Sistem Keselamatan Pintar Harley-Davidson adalah ciri standard.
Tupang 43mm terbalik baharu menegangkan hujung depan dan mempunyai sistem redaman tunggal kartrij untuk pengendalian yang tepat, kestabilan dan prestasi brek yang yakin - yang dipertingkatkan lagi oleh brek antikunci ABS standard. Sport Glide bergolek dengan roda baru Mantis aluminium tetuang, depan 18 inci dan belakang 16 inci, yang dipasang dengan tayar prestasi Michelin Scorcher 31.
Sport Glide juga dilengkapi gantungan belakang Softail monoshock baru dengan pelarasan prabeban spring hidraulik, dikawal melalui kawalan jauh tombol di bawah penutup sebelah kanan. Ia mudah menampung berat bagasi atau penumpang sambil mengekalkan prestasi gantungan optimum dan geometri stereng.
Kotak simpanan yang baharu (dan boleh dikunci) mempunyai reka bentuk kerang yang anggun. Ia nya mudah dimuat dan dipunggah dan boleh dibuka dengan satu tangan oleh penunggang yang duduk; peranti redaman membolehkan penutup terbuka dengan lembut dan terkawal. Kotak ini juga boleh dikeluarkan dalam beberapa saat dengan mekanisme cepat-buka dalaman, meninggalkan titik sangkut yang tidak dapat dilihat. Keupayaan pannier gabungan adalah 1.9 kaki padu (25.5L).
Kapasiti bagasi tambahan boleh ditambah dengan bar gergasi aksesori, rak bagasi atau rak pemasangan Tour-Pak, masing-masing dengan sistem soket HoldFast™ baru yang direka khusus untuk platform Softail baru. Seperti pannier Sport and fairing, aksesori HoldFast boleh dipasang atau dikeluarkan dalam beberapa saat untuk mengubah kembali motosikal anda ke bentuk utama kruisernya.
Fairing Sport Glide dibentuk untuk memesongkan angin dari dada penunggang sambil kepala anda menikmati aliran udara yang bersih. Ia dipasang kepada tiub tupang hadapan dengan pengapit cepat, menjadikan penanggalan atau pemasangan yang cepat dan mudah. Penunggang yang inginkan lebih banyak perlindungan angin boleh menukarkan cermin pelindung 1.5-inci yang standard kepada Cermin Asap 5.5-inci yang boleh didapati dari Aksesori Motor Tulen Harley-Davidson.
No comments:
Post a Comment