Honda BeAT 2017
baharu kini datang dengan corak grafiti terkini, khusus untuk memberikan gaya
ranggi dan prestasi penunggangan yang boleh dipercayai.
Corak grafik pada
badan luaran Honda BeAT baharu ini mempunyai dua tona warna. Ia juga dilengkapi
dengan roda aloi 14-inci yang dipasang dengan tayar tanpa tiub supaya
penunggang merasa lebih selesa dan tidak panik andainya tayar pancit. Empat
warna pilihan diberikan: Space Magenta Metallic
(warna baru), Pearl Nightfall Blue, Pearl Magellanic Black and Vivacity Red. BSH mensasarkan jualan Beat ini pada kumpulan sasaran pasaran dari kalangan penunggang muda.
Honda BeAT dilengkapi
dengan sistem Combi Brake System (CBS) yang unik bagi produk BSH.Sistem CBS
memberikan jarak membrek yang lebih pendek dan ia memberi lebih kawalan kepada
penunggang terhadap jenteranya. Fungsi ini sangat penting untuk keselamatan penunggang
semasa di jalanraya.
Honda BeAT juga
mempunyai ciri Smart Lock System yang memastikan brek terkunci semasa
menghidupkan enjin atau semasa parkir. Ini untuk mengelakkan kejadian memecut
dengan tidak sengaja ketika dalam trafik. Ia turut dilengkapi dengan Side Stand
Switch di mana suis pada tongkat sisi akan mematikan enjin apabila tongkat itu
diturunkan.
Honda BeAT
menggunakan enjin ESP dengan teknologi kurang-geseran (low-friction) agar enjin
menjadi lebih cekap tenaga. Selain itu, Honda BeAT menggunakan sistem suntikan
bahan api (PGM-FI) yang membenarkan jarak tunggangan lebih jauh dengan
penggunaan bahan api yang minimum.
Honda BeAT adalah
skuter pertama yang menerima status pengiktirafan EEV di Malaysia, sebagai satu
langkah yang mengurangkan kesan pencemaran karbon (carbon footprint) terhadap
alam sekitar.
BSH yakin bahawa pelancaran
Honda BeAT 2017 baharu ini akan meningkatkan pegangan BSH dalam pasaran
motosikal terutamanya generasi muda iaitu dari 24 peratus ke 34 peratus.
Harga Honda BeAT
baharu ini adalah RM5,724 (harga bilik pameran, termasuk GST).
Untuk maklumat lanjut
berkenaan Honda BeAT 2017, sila rujuk kepada Facebook kami, www.facebook.com/HondaMotorcyclesMalaysiaBoonSiewHonda
atau talian bebas tol, 1800-88-3993 (Isnin - Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang,
kecuali Cuti Umum).
Model Baharu Honda
BeAT 2017
|
|
Jenis Enjin
|
4 Lejang, OHC Penyejukan Udara
|
Sesaran Enjin
|
108.20cc
|
Gerek & Lejang
|
50.0mm x 55.1mm
|
Sistem Penghidup
|
Tendang dan Elektrik
|
Sistem Pencucuhan
|
Transistor Sepenuh
|
Jenis Transmisi
|
Tali Sawat-V Automatik
|
Suspensi (Depan)
|
Telescopik
|
Suspensi (Belakang)
|
Unit Swing Arm
|
Sistem Brek (Depan)
|
Cakera Hidraulik
|
Sistem Bek (Belakang)
|
Mekanikal Mendulu Leret
|
Saiz Tayar (Depan)
|
80/90 - 14M/C 40P
|
Saiz Tayar (Belakang)
|
90/90 - 14M/C 40P
|
Jenis Roda
|
Roda Tuangan
|
Dimensi Keseluruhan
|
1,864mm x 666mm x 1,068mm
|
Dimensi Jarak Roda
|
1,256mm
|
Berat Keseluruhan
|
94kg
|
Ketinggian Tempat Duduk
|
742mm
|
Kelegaan Jalan
|
146mm
|
Muatan Tangki Petrol
|
4.0 liters
|
Sistem Bahan Api
|
Suntikan Bahan Api
|
Muatan Minyak Pelincir
|
0.8 Liter (had atas)
|
Kuasa Maksimum
|
6.46 KW (8.77 PS) @ 7,500RPM
|
Tork Maksimum
|
9.14NM (0.93kgf.m) @ 6,000RPM
|
|
|
Ciri-Ciri Lain
· Suis Tongkat Sisi
· Tuas Penguncian Brek
|
No comments:
Post a Comment