·
Honda Wave Alpha, model terlaris di Malaysia ketika
ini dalam segmen motosikal kapasiti rendah tampil dengan gaya ‘sporty’. Boon Siew Honda baru-baru ini
memperkenalkan wajah baharu Honda Wave Alpha sebagai pilihan tambahan kepada
pengguna iaitu versi yang lebih ‘sporty’ kepada
model yang berada di pasaran ketika
Timbalan Pengerusi dan
Timbalan CEO Boon Siew Honda Sdn Bhd, Dato’ Seri Datuk Wira Tan Hui Jing
berkata, “Kami sangat teruja dengan pengenalan warna baharu ini. Corak dan
rekaan berdasar perlumbaan akan digunakan oleh pelumba-pelumba muda dalam
perlumbaan Cabaran Honda Wave Alpha 2017. Tetapi apa yang lebih penting, wajah ‘sporty’ ini akan menjadi pilihan tambahan
kepada model sedia ada di pasaran.
Reka bentuk Honda Wave Alpha dapat menambahkan
keseronokan dan pengalaman tunggangan. Dilengkapi dengan ekzos yang kelihatan
lebih ‘sporty’, pemegang belakang
yang selesa, brek cakera (untuk model rim tetuang) untuk penampilan lebih menarik. Ciri-ciri penawaran yang
lain termasuk panel meter yang lebih jelas dan menarik, kebuk-u yang luas dan
pelindung kaki bergaya.
Warna baharu ini direka untuk menarik minat golongan
muda dan diharap dapat mempertingkatkan penguasaan pasaran di dalam segmen ini.
Dengan pengenalan warna baharu ini, Boon Siew Honda menyasarkan meningkatkan
26% penjualan Honda Wave Alpha berbanding dengan sebelum ini.
Honda Wave Alpha telah mula dilancarkan pada tahun
2015. Model berikutnya diperkenalkan pada Februari tahun ini.
Boon
Siew Honda menawarkan 2-tahun jaminan pembuatan atau 20,000km (yang mana terdahulu)
sebagai kemudahan kepada pelanggan untuk menjadikan Honda Wave Alpha baharu
sebagai pilihan mereka.
Harga beserta GST:
Jenis
|
Harga Bilik Pameran
(RM)
|
Honda
Wave Alpha Baharu
(Merah
Sinar)
|
5,086.94
|
Untuk
maklumat lanjut, layari www.boonsiewhonda.com.my
atau hubungi talian Toll-Free Boon Siew Honda di 1800-88-3993 (Isnin hingga
Jumaat, 9am - 5pm, kecuali cuti umum.
No comments:
Post a Comment