Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan
menyambut ulangtahun penganjuran musim ke-25 telah mengumumkan
kalendar sementara perlumbaan untuk musim 2018.
Selepas memperkenalkan kategori baharu CP150 sebagai
perlumbaan kelas perdana pada musim ini, tiada sebarang perubahan kategori lain
dilakukan dengan Litar Tangkak, Johor akan menjadi venue pembuka musim pada 1
April diikuti negeri Melaka sebagai tuan rumah pusingan kedua pada bulan
berikutnya.
Cuti rehat pertengahan musim kejuaraan bagi menyambut
bulan Ramadhan dan Syawal akan berlangsung lebih awal, dan dijangka bermula 15 Mei sehingga 14 Jun 2018.Penggal kedua kejuaraan akan bersambung di Selangor pada 1 Julai sebelum menuju ke pantai Timur untuk Pusingan 4 dan Pusingan 5 di Pahang dan Kelantan.
Bandar Penawar, Johor yang menjadi lokasi penamat musim 2017 kekal di dalam kalendar Kejuaraan Cub Prix dipilih sebagai hos pusingan ketujuh pada bulan September. Batu Kawan, Pulau Pinang muncul lokasi tunggal di Utara tanah air menjadi tuan rumah pusingan kelapan pada penghujung Oktober.
Pusingan kedua terakhir akan berlangsung di Jempol,
Negeri Sembilan pada 18 November sebelum saingan musim 2018 melabuhkan tirai di
Teluk Intan, Perak pada 16 Disember.
KALENDAR PERLUMBAAN 2018
Pusingan 1 31 Mac – 1 April Tangkak,
Johor Pusingan 2 5 – 6 Mei Melaka
Pusingan 3 30 Jun – 1 Julai Selangor
Pusingan 4 20 – 21 Julai Temerloh,
Pahang
Pusingan 5 3 – 4 Ogos Terengganu
Pusingan 6 31 Ogos – 1 September Kelantan
Pusingan 8 27 – 28 Oktober Batu
Kawan, P. Pinang
Pusingan 9 17 – 18 November Jempol,
N. Sembilan
Pusingan 10 15 – 16 Disember Teluk
Intan, Perak
(*Tertakluk kepada perubahan)
No comments:
Post a Comment