![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj8geEh4yaWA008RRCLGLgdJ00y4j2Ymk4GUe3ZCGctCgGMDkGnknYl6P2djjGCEtgbgWNLMu1vQtMk5jYaJ_pVUHy0JPY-Q0w1tbnTDdu_1fCZj4QlTEQTJYAPYj9N79K0KzWX9tJ4-DTp/s640/15.jpeg)
Perhimpunan ini merupakan campuran terbesar model model Yamaha dalam sejarah HLYM, yang terdiri daripada model automatik, moped dan motosikal jalanan. Kumpulan terbesar mrupakan dari Lembah Klang dengan jumlah 368 penunggang, diikuti oleh 211 dari Utara dan sejumlah 307 dari Selatan dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Selama dua dekad yang lalu, HLYM telah menganjurkan konvoi untuk menyaksikan perlumbaan Grand Prix Motosikal Shell Malaysia.
Kumpulan besar ini juga disertai kumpulan penunggang pemilik Yamaha siri MT juga telah turut sama berhimpun di Litar Sepang. Kumpulan yang berlepas dari ibupjabat HLYM di Sg Buloh ini telah menyaksikan kehadiran 52 motosikal dari Johor, 16 buah motosikal dari Pulau Pinang dan juga 107 buah motosikal Wilayah Persekutuan dan Selangor, yang terdiri dari campuran model model MT07, MT09 dan MT09 TRACER. Saksikan gambar gambar acara tersebut tempohari.
No comments:
Post a Comment