Menjelang pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM
Malaysia
PETRONAS di Dataran Bandar Penawar, Johor pada 18 dan 19 November ini,
pasukan
PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor membuktikan kedudukan mereka selaku
pasukan terbaik negara apabila telahpun mengesahkan gelaran selaku
juara keseluruhan berpasukan dan individu.
Kejayaan ini adalah kejayaan tahun kedua
berturut-turut mereka menyapu bersih kesemua piala utama selepas turut
melakukannya
pada musim 2016. Sebaik tamat perlumbaan minggu ini, Kasma Daniel
Kasmayuddin akan membawa pulang gelaran keseluruhan kelas perdana yang
kedua selepas memenangi gelaran CP130 pada musim 2016 manakala Mohd Akid
Aziz berjaya memepertahankan gelaran keseluruhan CP115 buat tahun kedua
berturut-turut.
Pencapaian ini meneruskan tradisi cemerlang pasukan Maju
Motor dalam sejarah 24 tahun Kejuaraan Cub Prix dimana pasukan ini telah meraih
22 gelaran individu dan berpasukan termasuk di peringkat Asia.
Pemilik dan pengurus pasukan,
Yong Ying Hoe berkata kejayaan mendominasi kedua-dua kategori sejak beberapa
tahun kebelakangan ini dicapai atas kerjasama banyak pihak.
“Di atas litar nampak seperti pelumba kami melakukan dengan mudah. Hakikatnya, bukan mudah untuk meraih apa
yang kami ada pada hari ini. Kerjasama semua pihak dari segi pengurusan, pelumba, rakan
penaja seperti pengeluar Yamaha, rakan teknikal dan pembekal produk alat ganti
berprestasi tinggi UMA Racing dan Racing Boy, PETRONAS serta lain-lain banyak
membantu kami membangunkan jentera yang terbaik. Gabungan pelumba berpengalaman
dan pelumba muda juga menjadi faktor penting,” katanya.
Pasukan
ini mempunyai satu lagi misi penting untuk memenangi gelaran individu
kategori Underbone 150cc Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) yang akan
berlangsung di Thailand, awal Disember nanti manakala telahpun
mengesahkan gelaran mereka sebagai pasukan terbaik kategori tersebut.
Sebagai rekod, Chia Tuck Cheong merupakan pelumba pertama yang memenangi
gelaran keseluruhan buat pasukan Maju Motor apabila muncul juara Expert pada
tahun 1997 diikuti Md Faisal Yahya pada tahun berikutnya. Chia sekali lagi
memenangi gelaran keseluruhan pada tahun 2001 manakala K. Sivanesan muncul juara pada tahun 2004.
Gelaran juara keseluruhan berpasukan pertama dimenangi pada
tahun 2006 bersama-sama Md Suhadi Ali Rahmat yang turut memenangi gelaran
Expert. Ahmad Fazli Sham membantu pasukan Maju Motor meraih gelaran hatrik
individu dan berpasukan pada tahun 2007 dan 2008 ketika bergandingan bersama Ahmad
Fazrul Sham.
Selepas perlumbaan memasuki era empat lejang,
persaingan
diantara pasukan bertanding semakin sengit menyaksikan Maju Motor tidak
memenangi gelaran keseluruhan dari tahun 2009 sehinggalah Kasma muncul
juara keseluruhan CP115 pada tahun 2015 diikuti gelaran keseluruhan
CP130 dan CP150 pada tahun berikutnya.
No comments:
Post a Comment