Marquez dinobat Juara dalam penamat yang dimenangi Pedrosa

Pertembungan mutakhir 2017 #FinalShowdown telah menyaksikan drama, rekod tercipta, kemalangan dan ketegangan yang melengkapkan hari bersejarah di Valencia. Marc Marquez (Repsol Honda Team) merangkul kejuaraan dunia keenam dan Kejuaraan Dunia MotoGP ™ keempat walaupun hilang kawalan bahagian depan motosikalnya ke dalam Selekoh 1 dan terbabas keluar dari litar, dan tamat di tempat ketiga dalam perlumbaan untuk mempertahankan mahkota kejuaraannya. Saingannya Andrea Dovizioso (Pasukan Ducati) juga terbabas keluar setelah bermula dari P4, tetapi pelumba Itali tersebut tidak dapat mengawal jenteranya dan terkeluar dari peluan pertarungan dalam perlumbaan dan juga kejuaraan keseluruhan.
Perlumbaan tersebut tertumpu kepada pertarungan antara penunggang Repsol Honda, Dani Pedrosa dan Johann Zarco dari Yamaha Tech 3, dan berakhir dengan memihak kepada pelumba Sepanyol itu di pusingan akhir ketika Pedrosa mara ke hadapan dan mengekalkan kesempurnaan tungangannya untuk kemenangan keduanya tahun ini.

Marquez melonjak ke hadapan dari petak utama, dengan rakan sepasukan Pedrosa menyelit dari barisan kedua untuk mengambil alih tempat kedua dan menyingkirkan Zarco ke tempat ketiga. Dovizioso membuat permulaan yang baik untuk bergerak ke tangga keenam, kemudian melepasi Andrea Iannone (Pasukan Suzuki Ecstar) dan terkunci di belakang Ducati kedua Jorge Lorenzo.

Pada awalnya, Zarco mengambil alih pimpinan  perlumbaan dan Marquez mengikuti di tempat kedua. Pedrosa kekal di tempat ketiga, dan kedua-dua jentera Ducati bersama hanya satu saat di belakangnya. Selepas Zarco melakukan kesilapan, Marquez memintas dan pelumba Perancis itu bertindak balas menyebabkan  Marquez hilang sedikit tumpuan dan tersasar. Mengasah lututnya untuk kawalan di selekoh 1, juara bertahan tersebut terbabas ke kawasan batu kerikil namun berjaya memulihkan kawalan untuk menyambung perjuangannya semula, namun masih di belakang Dovizioso.

Lorenzo kemudiannya mengejar Pedrosa dan Zarco di hadapan, sebelum penunggang pasukan Ducati itu terjatuh tiba-tiba, dan serentak itu juga impian rakan sepasukannya berakhir. Terbabas tanpa berjaya diselamatkan, harapan Dovizioso hancur selepas musim yang amat baik, dan berakhir di tempat kedua keseluruhan musim ini.

Dani Pedrosa dan Johann Zarco kemudiannya bertanding untuk kemenangan perlumbaan, dan ketika pusingan terakhir, pelumba Sepanyol itu mendesak di selekoh 1, dan mengekang kemaraan Zarco di selekoh tajam litar Ricardo Tormo untuk meraih kemenangan keduanya musim ini.

Marquez kembali ke kedudukan podium berikutan kejatuhan pelumba Ducati di depannya, dan kekal tenang hingga ke peringkat akhir untuk meraih kedudukan ketiga dan gelaran juara keseluruhan, menjadikannya Juara Dunia enam kali paling muda dan pelumba paling muda untuk muncul juara bagi empat kejohanan kelas perdana.

Alex Rins (Pasukan Suzuki Ecstar) mempersembahkan keunggulan tunggangan pelumba baru untuk tamat di tempat keempat, di hadapan Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP) yang agak sukar untuk 'Doktor' tersebut. Iannone merosot sedikit setelah terbabas di Selekoh 1 untuk mengambil tempat keenam, dengan Jack Miller dari EG 0,0 Marc VDS di P7. Cal Crutchlow (LCR Honda) menyeberangi garisan di P8, dengan Michele Pirro (Pasukan Ducati) mempersembahkan satu lagi penampilan wildcard yang mapan untuk merangkul tempat kesembilan. Tito Rabat (EG 0,0 Marc VDS) juga mengkagumkan, melengkapkan kumpulan sepuluh teratas.

Bradley Smith (Red Bull KTM Factory Racing) melengkapkan musim pertama kilang Austria di kelas utama di P11. Ia merupakan hujung minggu perlumbaan terakhir 2017 yang sukar untuk Maverick ViƱales (Movistar Yamaha MotoGP)yang tamat pada kedudukan P12, namun merangkul tempat ketiga dalam kedudukan keseluruhan  Kejohanan musim ini. Danilo Petrucci (Perlumbaan Octo Pramac), Karel Abraham (Pull & Bear Aspar Team) dan Hector Barbera (Reale Avintia Racing) menyempurnakan kumpulan yang mengutip mata di #FinalShowdown ketika bendera berkibar buat terakhir kalinya musim ini.

Ia menyempurnakan musim yang menakjubkan untuk kita nikmati, kerana muism 2017 telah memaparkan beberapa perlumbaan yang paling luar biasa. Marquez mengekalkan mahkota kejuaraannya, dan Dovizioso bertarung hingga akhir, dan besok hari Selasa, semua itu bermula sekali lagi dengan kedatangan musim 2018 #2018StartsNow.

Keputusan Perlumbaan MotoGP
1 - Dani Pedrosa (SPA - Honda) 42'08.125
2 - Johann Zarco (FRA - Yamaha) +0.337
3 - Marc Marquez (SPA - Honda) +10.861


Juara pelumba Pasukan Bebas:
Johann Zarco (FRA - Yamaha) +0.337

No comments: