Berikutan #FinalShowdown dramatik pada hari Ahad lepas yang menyaksikan Marc Marquez (Repsol Honda Team) meraih Kejuaraan Dunia Keenam, aksi MotoGP bermula semula pada hari Selasa pada pukul 10:00 pagi (GMT +1) untuk ujian pertama untuk musim 2018 selama dua hari.
Pasukan MotoGP Movistar Yamaha berjaya melengkapkan hari pertama Ujian Rasmi MotoGP Valencia di Litar Ricardo Tormo, menguji pelbagai casis motosikal dan pilihan tetapan set-up. Maverick Viñales dan Valentino Rossi mempunyai perasaan positif selepas kemajuan yang mereka buat semalam dan masing masing telah menetapkan masa pertama dan keempat terpantas.
Viñales memulakan latihan satu setengah jam setelah pintu padok dibuka, bermula dengan jentera yang digunakannya semasa perlumbaan hujung minggu Valencia dan juga dengan jentera berpelindung atau fairing aero baharu. Dia segera mencapai kelajuan yang baik ketika dia dalam latihan dan selepas melengkapkan enam pusingan, dia telah mencatat masa kedua terpantas dengan 1'31.306s dan kemudian memberi tumpuan kepada senarai ujian yang perlu dilaluinya.
Anak muda itu meneruskan ujian sepanjang petang dengan jentera 2016, dan menyudahkan 80 pusingan secara keseluruhan, lebih daripada peserta lain yang menyertai ujian semalam. Hasil usahanya nyata berbaloi dan pada jam terakhir ujian, pelimba Sepanyol itu menetapkan masa terpantas hari itu dengan 1'30.189s, dan memegang kedudukan teratas sebanyak 0.200 saat apabila sesi semalam berakhir.
Rossi telah pit MotoGP Movistar Yamaha hanya beberapa minit sebelum rakan sepasukannya dan membuat perbandingan antara casis 2016, 2017 dan 2018. Dia merancang untuk memasang enjin 2018 secara menyeluruh, tetapi setelah dua jam memulakan sesi, satu kemalangan pada selekoh ke sepuluh menghentikan latihannya. Nasib baik juara Dunia sembilan kali tidak tercedera dan mampu meneruskan jadual ujiannya pada waktu petang.
Kembali ke litar, jelas bahawa insiden itu tidak menjejaskannya dan Rossi mula mencatat masa yang baik dengan menetapkan 1'30.519s pada pusingan 49. Doktor nyata berpuashati dengan jentera 2016 dan mengakhiri latihan semalam dengan 63 pusingan dan berada di tempat keempat dalam kedudukan carta, 0.330s di belakang rakan sepasukannya.
No comments:
Post a Comment