Parkir di Genting kini berbayar

 Bermula 1 November 2017, bayaran letak kereta standard akan dikenakan di seluruh kawasan tempat letak kereta Genting Highlands untuk semua pelawat dan juga ahli Genting Rewards, kecuali pemegang kad Platinum, GoldPlus, Emas dan SkyGold. 

Setakat ini belum ada maklumat samada parkir motosikal juga berbayar ataupun tidak.




Bayaran letak kereta yang dikenakan sehari adalah adalah RM5 (hari biasa) / RM8 (Sabtu, Ahad dan hari cuti umum). Untuk menikmati manfaat tempat letak kereta percuma, anda boleh meningkatkan keahlian
Genting Rewards anda apabila anda mengumpulkan 500 Mata Tier (SkyGold) dalam tahun kalendar yang sama.
Cara membayar parkir adalah dengan menggunakan mesin pembayaran automatik. Sila bayar yuran parkir anda di mesin autopay terdekat sebelum mengambil kenderaan anda dan
keluar dari tempat letak kereta dalam tempoh 30 minit..
Jika  memerlukan bantuan, sila tekan interkom untuk bercakap dengan pembantu letak kereta; atau teruskan ke Kaunter Keselamatan Tempat Letak Kereta; atau berjumpa mana-mana kakitangan keselamatan untuk bantuan.

Tempat letak kereta


No comments: