Marc Marquez (Repsol Honda Team) merekodkan pusingan hebat di tengah-tengah sesi kelayakan di Litar Ricardo Tormo, cukup untuk permulaan petak pertama bagi pendahulu Kejohanan tersebut menjelang pertembungan mutakhir musim 2017, walaupun kemudiannya terjatuh selepas hilang kawalan bahagian hadapan motosikalnya dalam pusingan terakhir sesi tersebut. Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) mengambil tempat kedua selepas memperbaiki kedudukan terakhirnya, tiga persepuluh saat dari Marquez, dan Andrea Iannone (Pasukan Suzuki Ecstar) melengkapkan barisan depan setelah memaparkan satu lagi persembahan yang baik musim ini.
Jorge Lorenzo (Pasukan Ducati) merupakan yang paling pantas pada hari Jumaat, akan mengetuai barisan kedua selepas kemalangan kelajuan tinggi, namun tidak mengalami kecederaan serius. Juara Dunia lima kali itu hanya terlepas sedikit sahaja dari permulaan tiga teratas. Lorenzo memegang rekod permulaan petak pertama terpantas, pusingan perlumbaan terpantas dan paling banyak menjuarai kelas perdana di litar ini. Penunggang yang paling berjaya di litar ini dalam semua kelas perlumbaan adalah Dani Pedrosa (Repsol Honda Team), telah berada di belakang Lorenzo pada kedudukan kelima selepas mengakhiri Hari 1 dalam P2. Pengendali ujian pasukan Ducati yang akan menunggang "wild-card" Michele Pirro melengkapkan baris kedua.
Valentino Rossi (MotoGP Movistar Yamaha) mengambil P7 stetelah mengenepikan Aleix Espargaro (Aprilia Racing Team Gresini) dengan sembilan perseribu saat, walaupun pelumba Sepanyol itu terhempas pada akhir sesi tetapi tetap di posisi kelapan walaupun baru pulih dari kecederaan dan masih kesakitan. Andrea Dovizioso (Pasukan Ducati) akan bermula di petak kesembilan. Dia pernah menang di litar tersebut sebelum ini tetapi akan menghadapi kesukaran pada hari perlumbaan untuk memenangi perlumbaan dan mengekalkan peluangnya di mahkotakan sebagai juara.
Alex Rins (Pasukan Suzuki Ecstar) melengkapkan posisi sepuluh teratas, mendahului Pol Espargaro (Red Bull KTM Factory Racing), yang menduduki tempat ke-11 terpantas tetapi akan bermula dari lorong pit setelah dikenakan penalti enjin. Jack Miller (EG 0,0 Marc VDS) mengambil P12 dan juga turut jatuh ketika sesi tersebut, dan akan mara satu tempat ke hadapan pada hari perlumbaan kerana penalti Espargaro akan menggerakkan seluruh grid ke hadapan.
Itu merupakan berita baik bagi Maverick ViƱales (Movistar Yamaha MotoGP) selepas menghadapi hari yang sukar da berakhir dalam P13 dan kini memperoleh satu tempat ke hadapan. Dia diikuti oleh Tito Rabat (EG 0,0 Marc VDS),Danilo Petrucci (Octo Pramac Racing) dan Cal Crutchlow (LCR Honda) yang tamat enam belas terpantas dan lima belas teratas di grid.
#FinalShowdown atau #pertembunganterakhir kini bersedia untuk berlumba, dengan lampu merah akan terpadam pada pukul 9 malam (GMT +1) pada hari Ahad dan merupakan penentuan kejuaraan musim 2017 yang hebat ini.
No comments:
Post a Comment