Seperti mana Cabaran NVX, 25 mata maksimum yang ditawarkan di Bandar Penawar kelak masih menjanjikan peluang bagi enam pelumba teratas Kejohanan Yamaha Petronas Super Series Musim 2017 ini. Namun saingan kejohanan ini juga akan tertumpu kepada tiga pelumba teratas iaitu Md Aiman Aziz (No 4) dengan 100 mata kini, Md Usammah Md Narzam (No 14) dengan 95 mata dan Md Adib Md Asri (3) yang akan ke Johor dengan 92 mata.
Aiman mempunyai rekod tanpa kalah dalam empat pusingan terawal musim ini, namun gagal menamatkan perlumbaan dua perlumbaan berikutnya dan tamat tercorot dalam perlumbaan terakhir di Jempol tempohari. Beliau dicabar pelumba yang telah memenangi dua perlumbaan terakhir iaitu Md Usammah yang juga telah empat kali menaiki podium musim ini setanding Aiman. Pun begitu, cabaran dari Adib juga tikdak harus diketepikan mereka, begitu juga dengan Zaifi Zaini yang pernah menjuarai Pusingan 6 tempohari.
Para pelumba muda ini tentunya akan berusaha sebaik mungkin bagi menempah tiket untuk melanjutkan karier mereka dalam sukan bermotor, dan Pusingan 10 di Bandar Penawar pastnya akan menjadi titik tolak penting dalam perhatian pencari bakat dari pasukan lain untuk melamar mereka sebagai pelapis bagi musim yang akan datang.
Apa pun, kami ucapkan selamat maju jaya kepada mereka, dan berlumbalah dengan penuh semangat kesukanan!
No comments:
Post a Comment