Toyota raih Emas Putra Brand Awards enam tahun berturut turut
Toyota sekali lagi menerima anugerah Gold dalam Kategori Automotif, di Anugerah Jenama Putra (Putra Brand Awards) menjadikannya tahun keenam berturut-turut mereka memenangi anugerah tertinggi. Ia juga merupakan kali kedelapan jenama itu telah menerima anugerah ini sejak acara berprestij itu bermula pada tahun 2010.
"Kami di UMW Toyota Motor gembira menerima anugerah berprestij ini sekali lagi, menjadikannya enam tahun berturut-turut Toyota menjadi pemenang Emas dalam kategori Automotif. Kami berterima kasih kepada semua pelanggan setia yang telah menyokong kami selama ini dan kami akan terus memberi yang terbaik dari segi menawarkan produk yang baik dan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang," kata Presiden UMW Toyota Motor, Encik K Ravindran.
Anugerah Jenama Putra adalah acara anugerah jenama utama di Malaysia yang dianjurkan oleh Persatuan Ejen Pengiklanan Yang Diiktiraf Malaysia (4A) dan disahkan oleh MATRADE dengan sokongan Persatuan Penjenamaan Malaysia, Persatuan Pengiklan Malaysia dan Persatuan Pakar Media. Dengan menggunakan kaedah penyelidikan pengguna yang kukuh yang dibangunkan oleh rakan penyelidikan, 6000 pengguna akan menentukan jenama kegemaran Malaysia dalam pelbagai kategori, dengan setiap kategori diberikan pnarafan Emas, Perak dan / atau Gangsa untuk jenama yang paling disukai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment