Pelumba Moto2 negara, Khairul Idham
Pawi berhasrat untuk mencurah ilmu dengan melatih pelumba-pelumba muda melalui penubuhan
akademi perlumbaannya sendiri iaitu Akademi SuperKIP Racing. Usia muda dan sibuk dengan jadual padat di saingan Kejuaraan
Motosikal Dunia (MotoGP) tidak menghalangbeliau dari memberi latihan di akademi yang berpusat di Kampung
Gajah, Perak itu.
kademi SuperKIP ini juga akan menjadikan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS sebagai pentas pengesahan kemampuan mereka bermula pada tahun 2018 di dalam kategori CP115 dan Wira. Barisan awal pelumba muda yang akan membawa cabaran
Akademi SuperKIP ini kan terdiri dari adik Khairul iaitu Anuar Ibrahim Pawi, di samping pelumba Cabaran
Honda Wave Alpha seperti Md Afizat Supaat, Md Amer Rossi Amidi serta gandingan
adik beradik, Md Hazim dan Md Haziq Rosmaza.
“Pemilihan pelumba telah dilakukan sejak pertengahan musim
Kejuaraan Cub Prix 2017 dimana kami melihat dan menilai pelumba-pelumba
berpotensi yang bersaing di dalam perlumbaan satu pengeluar Honda.
“Selepas menyenaraikan beberapa pelumba, kami menjemput
mereka untuk menjalani sesi latihan bersama saya sebaik Kejuaraan Cub Prix
berakhir di Johor, November lepas. Kami melakukan pendekatan berbeza dimana
pelumba-pelumba ini bukan sahaja menjalani latihan secara intensif, malah turut
disediakan tempat tinggal di sini. Selain latihan di litar, mereka turut menjalani
latihan seperti kecergasan, berbasikal, dan lain-lain mengikut jaual yang
ditetapkan,” jelas pelumba berusia 19 tahun itu.
Mengulas mengenai sasaran terhadap kesemua pelumba, Khairul
berkata, “Ini tahun pertama pasukan bersaing di Cub Prix manakala pelumba juga
beraksi buat pertama kali di dalam kelas lebih tinggi. Kami tidak meletakkan
sasaran terlalu tinggi, cukup jika dapat menempatkan diri di kelompok lima
pelumba terbaik, dan satu pencapaian membanggakan jika mereka dapat menaiki
podium.
“Saingan sangat sukar tambahan pula terpaksa berdepan
pasukan dan pelumba lebih berpengalaman termasuk bekas pasukan saya, Idemitsu
Kozi Yam Honda Racing. Saingan pastinya hebat dan saya harap pelumba dapat
menimba pengalaman berguna pada tahun ini.”
Tambahnya, “Pasukan ini akan dijaga oleh ayah saya memandangkan
saya banyak berada di Eropah pada tahun depan. Namun begitu saya akan sentiasa menyaksikan
mereka berlumba secara langsung di media sosial seandainya tidak terlibat
dengan perlumbaan selain sentiasa mendapatkan perkembangan terkini dari
pengurusan pasukan.”
Bapa Khairul, Pawi Omar yang akan bertindak
sebagai pengurus pasukan. "Rancangan menubuhkan akademi ini timbul
selepas kejayaan Khairul memenangi perlumbaan Moto3 di Argentina dan Jerman," jelas beliau. “Pada peringkat awal akademi ini diwujudkan adalah untuk
memberi tunjuk ajar kepada remaja-remaja setempat yang berminat dengan
perlumbaan sebelum membuat keputusan untuk pergi lebih jauh.
“Cara bagaimana kami membentuk Khairul selama ini akan
digunakan pula kepada pelumba-pelumba lain. Paling penting adalah sokongan
daripada keluarga pelumba itu sendiri. Kami gembira kerana keluarga
pelumba-pelumba yang berada dalam akademi ini memberi sokongan sepenuhnya dan
sanggup melepaskan anak mereka untuk tinggal bersama kami bagi menjalani
latihan dan persediaan untuk menghadapi perlumbaan Cub Prix nanti,” jelasnya.
No comments:
Post a Comment