Akid rangkul Juara 150 cc ARRC


Md Akid Aziz mencatat sejarah tersendiri apabila muncul juara keseluruhan pertama kategori Underbone 150cc sekaligus turut menamatkan penantian juara underbone dari Malaysia setelah kali terakhir dimenangi Mohd Affendi Rosli pada tahun 2009.

Pelumba UMA Racing Yamaha Maju Motor itu menamatkan perlumbaan di kedudukan kelapan untuk mengumpul 177 mata keseluruhan, 12 mata mengatasi naib juara, Wahyu Aji Trilaksana (Yamaha Racing Indonesia) manakala tempat ketiga keseluruhan menjadi milik rakan sepasukan Akid, Md Haziq Md Fairus yang mengumpul 141 mata keseluruhan selepas menamatkan perlumbaan terakhir musim 2017 di tempat ketujuh.

“Saya menghadiahkan kemenangan ini kepada pasukan, keluarga dan juga rakyat Malaysia. Pada perlumbaan akhir tadi saya lebih berhati-hati kerana tidak mahu kesilapan semalam berulang dan merancang strategi terbaik bersama Haziq. Syukur kerana akhirnya kami berjaya memenangi gelaran individu setelah turut berjaya menjuarai kategori berpasukan,” jelas Akid.

Gelaran ini adalah gelaran keseluruhan kedua Akid pada tahun 2017 setelah turut muncul juara keseluruhan CP115 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

Saingan Perlumbaan 2 dimenangi oleh Azroy Hakeem Anuar (Yuzy Honda Vietnam Racing) yang menamatkan lapan pusingan perlumbaan dengan masa 16’46.680s diikuti Wahyu di tempat kedua, 16’46.786s manakala Md Helmi Azman (ONEXOX TKKR Racing Team) yang menamatkan perlumbaan di tangga keempat dengan masa keseluruhan 16’46.859s naik ke kedudukan ketiga setelah pemenang tempat ketiga, Anggi Setiawan (Yamaha Yamalube WR KYT TJM Racetech Racing) digugurkan dua kedudukan kerana kesalahan melebihi laluan litar yang dibenarkan.

UNDERBONE 150cc
1 Azroy Hakeem Anuar (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing Team 16’46.680s
2 Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 16’46.786s
3 Md Helmi Azman (MAS) ONEXOX TKKR Racing Team 16’46.859s
4 Md Amirul Ariff Musa (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing Team 16’47.088s
5 Anggi Setiawan (INA) Yamaha Yamalube WR KYT TJM Racetech Racing 16’46.854s

Kedudukan Keseluruhan Individu
1 Md Akid Aziz (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor 177 mata
2 Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 165 mata
3 Md Haziq Md Fairues (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor 141 mata
4 Md Helmi Azman (MAS) ONEXOX TKKR Racing Team 134 mata
5 Azroy Hakeem Anuar (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing Team 119 mata

Kedudukan Keseluruhan Pasukan
1 UMA Racing Yamaha Maju Motor (Yamaha) 214 mata
2 Yamaha Racing Indonesia (Yamaha) 165 mata
3 Yuzy Honda Vietnam Racing Team (Honda) 163 mata
4 SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team (Honda) 146 mata
5 ONEXOX TKKR Racing Team 139 mata

No comments: