Aprilia RS125 dan Tuono125 menarik!

Aprilia RS 125 2017
Aprilia telah melancarkan dua motosikal baru Euro4 125cc, sesuai untuk penunggang yang lebih muda dan peminat mesin kapasiti yang lebih kecil, iaitu Aprilia RS125 and Tuono 125. Aprilia mendakwa jentera terbaharu mereka yang direka, dibangunkan dan dibina kebanyakannya di Itali, adalah dua jentera yang terbaik di pasaran dari segi reka bentuk, pembinaan dan ciri-ciri teknikal.

Aprilia RS125 2017 yang baharu ini diilhamkan secara langsung oleh superbike perdana Aprilia iaitu RSV4. Sama seperti abangnya, RS125 dilengkapi dengan fairing aerodinamik, gugusan tiga lampu utama, dan bingkai aluminium yang unik untuk membantu mengurangkan berat dan meningkatkan ketangkasan dan pengendalian.
Spesifikasi Aprilia RS125

Enjin 124.2cc, empat lejang, DOHC, suntikan elektronik, disejukkan cecair

Ketinggian tempat duduk 820mm

Harga £ 4699 (RM 25,624)




Aprilia Tuono 125
Aprilia Tuono 125

April Tuono 125 untuk 2017 ini merupakan adik Tuono V4 1100 yang luar biasa. Ia berkongsi banyak komponen, spesifikasi dan ciri yang sama dengan RS125 yang baharu, tetapi datang dalam pakej yang sama sekali berbeza.

Tuono jauh lebih selesa daripada RS125 - hendal lebar yang luas dan tingginya menawarkan kedudukan menunggang yang lebih tegak, namun ia masih benar-benar tangkas, menawarkan pengendalian yang hebat, dan menawarkan prestasi yang sangat mengagumkan di trek. Walaupun ia mempunyai enjin yang sama dengan RS, ia tidak begitu cepat, kerana rintangan angin yang lebih besar daripada duduk tegak, tetapi ia benar-benar selesa dalam trafik, dan akan menjadi sempurna untuk menunggang melalui bandar mahupun di luar bandar.
Spesifikasi Aprilia Tuono 125

Enjin 124.2cc, empat lejang, DOHC, suntikan elektronik, disejukkan cecair

Ketinggian tempat duduk 810mm

Harga £ 4599 (RM 25,078)

Apakah pengedar Aprilia di Malaysia berminat untuk membawa masuk kedua dua model ini ke nagara ini? Agak tipis kebarangkaliannya, tetapi mungkin akan ada pengimpot yang akan mengimpotnya masuk.

No comments: