Persaingan gelaran juara keseluruhan SuperSports 600cc
semakin sengit dan mendebarkan diantara dua pelumba negara, Mohd Zaqhwan Zaidi
dan Azlan Shah Kamaruzaman. Kini hanya lima mata memisahkan kedudukan mereka
setelah Perlumbaan 1 Pusingan 6 Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC)
berakhir di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand semalam.
Zaqhwan (Musashi Boon Siew Honda) yang hadir ke Thailand sebagai
pendahulu gagal mengekalkan kelebihan apabila sekadar menamatkan perlumbaan di
kedudukan ke-10 untuk mengumpul 144 mata keseluruhan manakala rakan senegara,
Azlan (Manual Tech KYT Kawasaki Racing) berjaya merapatkan jurang kepada lima
mata setelah menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima untuk naik ke tangga
ketiga keseluruhan dengan 139 mata.
Pelumba Jepun, Taiga Hada (RAMA Honda by NTS T.Pro Ten10 menjadi
pemisah diantara dua pelumba negara apabila berada di kedudukan kedua dengan
141 mata setelah menamatkan perlumbaan di kedudukan kesembilan.
Dalam pada itu, pertarungan sengit 18 pusingan Perlumbaan 1
dikuasai oleh pelumba tuan rumah, Apiwat Wongthananon (Yamaha Thailand Racing Team)
yang menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 29’58.173s setelah berjaya
memintas pelumba berpengalaman, Anthony West (Akeno Speed Raing) pada selekoh
terakhir perlumbaan. West di kedudukan kedua dengan masa 29’58.353s diikuti
Thitipong Warokorn (Kawasaki Thailand Racing Team) ketiga dengan masa 29’58.488s.
“Aksi saya tidak begitu baik pada hari ini. Saya gagal mendapatkan
keputusan yang diharapkan namun masih ada satu lagi perlumbaan akhir esok. Kami
akan bersaing dan mencuba yang terbaik, untuk diri sendiri, pasukan dan juga
negara,” jelas Zaqhwan yang mempunyai misi untuk memegang gelaran SuperSports
600cc buat kali ketiga.
Sementara itu, penamat di tempat keempat mengesahkan status Gerry
Salim (Astra Honda Racing Team) setelah mengumpul 199 mata keseluruhan meskipun
masih berbaki satu perlumbaan akhir.
Perlumbaan 1 dimenangi oleh rakan sepasukan, Rheza Danica Ahrens
dengan masa keseluruhan 19’07.754s diikuti pelumba tuan rumah, Anupab Sarmoon (Yamaha
Thailand Racing Team) dengan masa 19’07.965s
dan Tomoyoshi Koyama (RAMA Honda) ketiga, 19’08.111s
Anupab dan Koyama terus bersaing sengit untuk memburu gelaran naib
juara dan ketiga keseluruhan setelah masing-masing mengumpul 168 mata dan 163
mata.
Perlumbaan 1 dimenangi Wahyu Aji Trilaksana (Yamaha Racing
Indonesia) yang menamatkan lapan pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 16’50.406s
sekaligus masih berpeluang untuk memintas Akid seandainya menjuarai Perlumbaan
2 manakala Akid gagal memungut sebarang mata.
Md Amirul Ariff Musa (Yuzy Honda Vietnam Racing Team) muncul naib
juara perlumbaan dengan masa 16’50.884s diikuti rakan sepasukan Akid, Md Haziq
Fairues ketiga, 16’50.984s.
Keputusan
Perlumbaan 1
SuperSports
600cc
1 Apiwat Wongthananon (THA) Yamaha Thailand Racing Team 29’58.173s
2 Anthony West (AUS) Akeno Speed
Racing 29’58.353s
3 Thitipong Warokorn (THA) Kawasaki Thailand Racing Team 29’58.488s
4 Chalermpol Polaimai (THA) Yamaha Thailand Racing Team 29’58.670s
5 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 29’59.564s
Kedudukan Keseluruhan
1 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) MUSASHi Boon Siew Honda Racing 144 mata
2 Taiga Hada (JPN) RAMA Honda by NTS T.Pro Ten 10 141 mata
3 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 139
mata
4 Yuki Ito (JPN) Yamaha Racing 134
mata
5 Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 119 mata
Asia
Production 250cc
1 Rheza Danica Ahrens (INA) Astra Honda Racing Team 19’07.754s
2 Anupab Sarmoon (THA) Yamaha Thailand Racing Team 19’07.965s
3 Tomoyoshi Koyama (JPN) RAMA Honda 19’08.111s
4 Gerry Salim (INA) Astra Honda Racing Team 19’14.884s
5 Vorapong Malahuan (THA) AP Honda Racing Thailand 19’14.959s
Kedudukan Keseluruhan
1 Gerry Salim (INA) Astra Honda Racing Team 199 mata
2 Anupab Sarmoon (THA) Yamaha Thailand Racing Team 168 mata
3 Tomoyoshi Koyama (JPN) RAMA Honda 163 mata
4 Rheza Danica Ahrens (INA) Astra Honda Racing Team 149 mata
5 Takehiro Yamamoto (JPN) Supra Studio HONDA IKAZUCHI Racing Team 136
mata
Underbone
150cc
1 Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 16’50.406s
2 Md AMirul Ariff Musa (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing 16’50.884s
3 Md Haziq Fairues (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor 16’50.984s
4 Md Muzakkir Mohamed (MAS) SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing 16’51.024s
5 Owie NNurhuda (INA) SND Factory Indonesia 16’51.786s
Kedudukan Keseluruhan
1 Md Akid Aziz (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor 169 mata
2 Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 145 mata
3 Md Haziq Md Fairues (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor 132 mata
4 Md Helmi Azman (MAS) ONEXOX TKKR Racing Team 118 mata
5 Md Izzat Zaidi (MAS) RCB KAGE Motobatt Yamaha YY Pang Racing
Team 110 mata
No comments:
Post a Comment