Namun begitu model Confederate FA-13 Combat Bomber akan menjadi model terakhir Confederate untuk menggunakan enjin pembakaran dalaman, kerana syarikat itu akan beralih kepada reka bentuk motosikal elektrik selepas ini.
Syarikat itu akan dinamakan semula sebagai penghormatan kepada perintis motosikal dan perintis penerbangan Glenn Curtiss, tetapi kita perlu menunggu untuk melihat bagaimana motosikal Curtiss baru itu mengembangkan reka bentuk estetika Confederate yang tersendiri.
Bos Confederate Motors, Matthew Chambers, menjelaskan bahawa syarikat itu akan mencuba sesuatu yang baharu sebaik sahaja barisan cruiser Combat Bomber yang baharu ini habis dijual.
Curtiss merupakan seorang penunggang motosikal yang mencatat beberapa rekod kelajuan bumi rasmi dan tidak rasmi pada zamannya. Sama ada pesawat terbang atau di atas jentera dua roda, Curtiss dikenali sebagai revolusioner yang tidak takut untuk mencuba perkara-perkara baharu - dan itulah yang akan dilakukan oleh Curtiss Motorcycles. Curtiss telah mengumumkan bahawa model pertama mereka akan dipanggil Hercules, dan ia akan dikuasakan oleh dua motor Zero. Jentera elektrik baharu ini dikatakan akan menjana sekitar 175 hp dan tork kira-kira 290 lb-ft.
Glenn Curtiss dengan motosikal berenjin v-8 dalam tahun 1907 |
"Kami tidak boleh pergi lebih jauh dari ini. Kami telah mencecah had kami. Perkongsian baru dengan Zero Motorcycles akan membolehkan Curtiss Motorcycles menghasilkan jenis motosikal dengan loji kuasa baharu."
Jadi, apa ada pada nama? Banyak, kan?
Seperti MODENAS, hingga kini belum berjaya mengeluarkan enjin secara besar besaran setelah 22 tahun berlalu, walaupun jenama tersebut merupakan singkatan untuk Motosikal Dan Enjin Nasional. Mungkin perlu dijenamakan semula sebagai MONAS sahaja....?
No comments:
Post a Comment