Kawasaki Malaysia tawar kursus penunggangan selamat
Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd (KMMSB) telah melancarkan siri latihan penunggangan selamat mereka uyang digelar Kawasaki Safety and Responsible Riding (KSRR). Program menunggang ini dianjurkan dengan kerjasama syarikat induknya Kawasaki Heavy Industries dan dan juga K-TEC Corporation, kedua-duanya dari Jepun. Ia juga merupakan sebahagian dari usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) KMMSB.
Program ini direka untuk meningkatkan kesedaran pengendali motosikal dari segi keselamatan, dan menyedari tanggungjawab mereka sebagai penunggang motosikal di jalanraya. Usaha ini dibuat dengan harapan untuk mengurangkan jumlah kemalangan trafik yang sebahagian besarnya melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal. Kursus ini memberi tumpuan kepada pengendalian motosikal, kawalannya dan cara menunggang selamat dan berhemah.
Program ini akan dikendalikan oleh pengajar terlatih KMMSB yang telah dilatih oleh K-TEC. Kursus Menunggang Selamat dan Bertanggungjawab Kawasaki ini akan mula diadakan di sekitar Lembah Klang, sebelum dilancarkan ke lokasi lain di seluruh Malaysia.
Modul kursus ini termasuklah taklimat keselamatan mengenai kawalan motosikal, pakaian perlindingan ketika menunggang, asas asas pengendalian dan diikuti latihan amali yang melibatkan taklimat keselamatan, pemeriksaan motosikal, kedudukan menunggang, asas penggunaan brek yang betul, latihan melalui halangan slalom dan membrek, pengambilan selekoh serta cara menyendengkan motosikal ketika menangani selekoh.
Kursus sehari ini akan ditawarkan secara percuma kepada pemilik motosikal Kawasaki yang berminat, dan maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman web kawasaki.com.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment