Setelah diperkenalkan di Tokyo Motor Show dan di EICMA Milan, Kawasaki Ninja 400 secara rasmi telah diumumkan untuk memasuki pasaran Amerika Syarikat. Kenapa kita bincangkannya di sini? Adakah ia akan memasuki pasaan tempatan? Ia sebenarnya satu kemungkinan yang amat menarik!
Jentera pertengahan Kawasaki 399cc ini menggunakan kerangka trellis sebagai meneruskan trend yang bermula dengan Ninja H2 dan diteruskan oleh Ninja 650. |
- enjin kembar selari
- Gerek 70.0 mm dan lejang 51.8 mm
- nisbah mampatan 11.5: 1
- Badan pendikit 32mm
- kotak udara 5.8 liter lebih besar
- Corong pengambilan baru dengan ketinggian yang berbeza
- 44.8 hp pada 10,000 rpm
- 28.0 lb-ft. pada 8000 rpm.
- Tupang teleskopik 41mm
- cakera brek 310mm depan dengan angkup dwi-omboh
- Angkup dua piston belakang dengan cakera 220mm
Harga jentera ini di Amerika bermula pada $ 4,999 (lebihkurang RM20k) untuk Kawasaki Ninja 400 model 2018, anehnya sama harga dengan Ninja 300, begitu juga versi ABSnya juga berharga sama, pada $ 5,299). Edisi Kawasaki Racing Team dan pilihan warna edisi khas (kedua-duanya dengan ABS) juga ditawarkan oleh pengedar, masing-masing membawa berharga $ 5,499.
No comments:
Post a Comment