Topik ini sering menjadi bualan saban tahun apabila statistik kemalangan jalanraya dianalisa. Statistik mengenai kemalangan motosikal di UK pada 2016 menunjukkan bahawa:
Penunggang motosikal adalah 57 kali lebih mungkin dibunuh daripada penghuni kereta setiap batu perjalanan.
Penunggang motosikal menyumbang 19% daripada jumlah kematian jalan raya walaupun mereka merupakan hanya 1% dari jumlah pengguna jalan raya.
319 penunggang motosikal terbunuh, dan 5,553 cedera parah.
35% daripada mereka yang terbunuh atau cedera parah dalam kemalangan melibatkan motosikal berusia antara 16-24 tahun.
Penunggang moped dan skuter berjumlah sekitar 1 dalam 6 korban motosikal.
Di Malaysia pula, sejak tahun 2007 hingga 2016, jumlah yang maut dalam kemalangan jalanraya berjumlah 73,954 orang dan 40,609 (63%) adalah yang melibatkan motosikal. Di Indonesia pula, dalam tahun 2016 terdapat sejumlah 184,022 kemalangan dilaporkan, dan 74% daripada jumlah ini melibatkan motosikal. Thailand merekodkan 32,057 kemalangan motosikal tahun lepas, dan di Filipina pula, sebanyak 210,540 kemalangan telah dicatat tahun lepas hanya di bandaraya Metro Manila sahaja! Vietnam pula telah merekodkan peningkatan peratusan kemalangan melibatkan motosikal, dari 37% dalam tahun 2007 hingga 51% pada tahun lepas.
Undang undang jalanraya Malaysia banyak diasaskan kepada undang undang United Kingdom, dan begitu jugalah Akta Pengangkutan Jalan kita, yang merupakan olahan dari Road Transport Act yang diwarisi sejak zaman British. Mendapatkan lesen motosikal di United Kingdom adalah proses yang agak rumit dan memerlukan beberapa langkah yang perlu diambil sebelum seseorang penunggang itu layak untuk menunggang motosikal yang lebih besar dan lebih berkuasa.
Secara ringkasnya ia adalah proses berperingkat yang bergantung kepada umur dan pengalaman menunggang yang bermula dengan tahap Moped AM (kurang daripada 50cc) untuk 16 tahun ke atas, kemudian ke tahap A1 Motosikal Ringan (120cc hingga 125cc, kurang dari 14.8 hp) untuk 17 tahun ke atas, dan kemudiannya tahap A2 Motosikal (kurang dari 395cc dan antara 26.8 dan 46.9 hp) bagi mereka yang berumur sekurang kurangnya 19 tahun ke atas.
Lesen untuk motosikal lebih besar memerlukan Lesen Kategori A Motosikal, yang mempunyai kategori berasingan untuk penunggang berusia 21 hingga 23 tahun dan untuk penunggang 24 atau lebih tua. Ia melibatan tahap ujian dan keperluan pelesenan lebih kompleks bagi mereka yang berumur 21 - 23 tahun ke atas, atau menjalani ujian untuk lesen kategori A hanya selepas berumur 24 tahun ke atas. Dokumen berkaitan proses perlesenan di UK ada dipaparkan di bawah.
Walaupun program pelesenan berperingkat ini diamalkan di UK, kelihatannya seperti penunggang yang lebih muda lebih mudah terdedah kepada kemalangan. namun begitu kesahihan hampir semua statistik ini bergantung kepada beberapa faktor, an ada beberapa daripadanya tidak termasuk di sini. Contohnya, apakah peratusan penunggang yang membentuk pendakap umur 16-24 tahun, dan bagaimanakah kadar kemalangan mereka berbanding dalam jarak perjalanan?
Apa pendapat anda tentang pelesenan berperingkat ini? Adakah ia lebih selamat? Mungkin ramai penunggang yang berpengalaman akan menyokong sekatan pelesenan, tetapi wajarkah program sedemikian dilaksanakan kepada penunggang Malaysia?
No comments:
Post a Comment