Perodua Myvi baharu telah secara rasminya diberi penarafan 5-bintang oleh program penilaian keselamatan Asean (ASEAN NCAP) oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia
(MIROS).
Diuji
dan dinilai berdasarkan protokol terbaru dari ASEAN NCAP 2017-2020,
Myvi baharu mencatatkan pematuhan 90.9% atau 32.71 mata daripada sejumlah 36 untuk
Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), dan pematuhan 88% atau 43.14
mata daripada jumlah keseluruhan 49 untuk Perlindungan Penumpang Kanak kanak (COP).
"Kami berbangga namun pada masa yang sama berasa terharu dengan pengiktirafan terhadap pencapaian kami. Perodua
adalah sebuah syarikat yang sentiasa mengutamakan insan atau 'People First', dan
Myvi baharu mewakili usaha gigih kami untuk menjamin keselamatan para
pelanggan dan penghuni kenderaan kami,"kata Presiden dan Ketua
Pegawai Eksekutif Perodua , Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh pada seminar 'ASEAN NCAP: Ke arah Autonomi' hari ini.
"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada MIROS dan ASEAN NCAP atas
kerjasama dan bimbingan mereka dalam membantu Perodua untuk menjadikan
Myvi baharu diiktiraf 5 bintang," tambah Datuk (Dr) Aminar.Tahap keselamatan 5-bintang terpakai untuk semua varian Myvi baharu, yang
mempunyai empat beg udara standard, ABS dengan Pengedaran Daya Brek
Elektronik (EBD), Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Daya
Kawalan, Isyarat Hentian Kecemasan, tambatan ISOFIX, sensor belakang dan peringatan tali pinggang untuk semua tempat duduk.
Di samping itu, varian 1.5 dilengkapi enam beg udara dan barisan model 1.5 Advance melancarkan sistem keselamatan aktif maju atau Advanced Security Assist, yang terdiri daripada amaran pra-perlanggaran (Pre-Collision Warning), membrek untuk mencegah perlanggaran atau brek kecemasan autonomi (Pre-Collision Braking), pemaklum pergerakan jenderaan hadapan (Front Departure Alert) dan kawalan khilaf operasi pedal pemijak (Control Misoperation
Pedal).
"Myvi baharu adalah kenderaan pertama di Malaysia untuk memperkenalkan ciri keselamatan canggih seperti ini pada harga sedemikian. Malah, ia adalah kereta yang paling berharga patut dengan brek kecemasan autonomi di Malaysia. Dengan Myvi baharu, kami membawa keselamatan aktif kepada rakyat,"kata Aminar.
"Myvi baru adalah kereta lima bintang Perodua selepas Bezza. Tahun
lepas, ASEAN NCAP menganugerahkan Perlindungan Penghuni Kanak-kanak
Terbaik dan Perlindungan Penghuni Dewasa Terbaik dalam kategori
kereta keluarga kecil kepada Bezza. Kesemua kenderaan kami dinilai oleh ASEAN NCAP dan mematuhi peraturan keselamatan, " tambahnya lagi.
No comments:
Post a Comment