Dalam usaha untuk berkongsi pengalaman pengedar Geely mengendalikan cawangan mereka di China, PROTON telah menganjurkan satu lawatan yang melibatkan seramai 28 pemilik pusat jualan dan perkhidmatan PROTON, yang turut disertai oleh pegawai PROTON dan seorang wakil dari institusi kewangan. Baru-baru ini, PROTON telah menggesa pengedar dan pengendali pusat servis mereka untuk menaik taraf kemudahan mereka sebagai persediaan untuk model baharu Proton yang akan diperkenalkan pada tahun hadapan.
Para peserta lawatan tersebut telah mengunjungi salah sebuah pusat pengedar Geely di Shanghai. Pengedar-pengedar dari PROTON amat kagum dengan kejayaan Geely di negaranya.
Para pengedar tersebut turut dijemput untuk memandu uji model Geely Boyue yang bakal diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi. "Ia mempunyai reka bentuk dalaman yang mewah dan terasa sangat premium bagi segmennya," kata Susan Leong dari Hoi Keen Service di Kuantan. Hoi Keen mengendalikan pusat servis serta pusat membaiki dan mengecat PROTON.
|
Susan, Shamsuddin dan Ryan dari Negeri Sembilan |
Sementara itu, Dato' Shamshudin yang mempunyai sebuah pusat PROTON 4S di Jalan Meru menyatakan keyakinannya terhadap PROTON dan Geely. "Kerjasama itu nyata ada dan Boyue pasti akan memberi kesan yang besar di Malaysia," kata Shamshudin.
Para pengedar juga berpeluang melawat ke Institut Penyelidikan Geely dan telah dipertonton dengan teknologi semasa dan pelbagai reka bentuk pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment