Agak lama kita tak medengar berita tentang motosikal Royal Enfield di Malaysia. Jenama ikonik ini sebenarnya telah mengecapi prestasi jualan yang baik bagi tahun 2017 setelah mencatat rekod jualan dan pengenalan Royal Enfield Interceptor 650 baharu dan motosikal berenjin kembar Continental GT 650 pada pameran motosikal EICMA 2017. Pengeluar jentera dua roda yang berpangkalan di India ini berusaha membawa momentum ini ke hadapan untuk 2018 juga, dengan penyebaran gambar-gambar varian baharu Royal Enfield Thunderbird 500 dalam internet. Motosikal baharu ini mungkin dipanggil Royal Enfield Thunderbird 500X dan dijangka dilancarkan pada Januari 2018.
|
Motosikal baharu ini merupakan versi moden dari Thunderbird 500 yang
bergaya klasik dan dijangka akan dilancarkan pada Januari 2018. |
Ia adalah versi yang lebih moden dari Thunderbird 500 yang merupakan kruiser jelajah gaya klasik. Berbeza dengan motosikal standard, Thunderbird 500X mempunyai pelana tunggal dan warna menarik yang menjadikannya kelihatan hebat. Penambahan lain termasuklah roda aloi dan bukan roda jejari bagi membolehkannya menggunakan tayar tanpa tiub, yang merupakan julung kali untuk mana-mana motosikal Royal Enfield. Selain itu, peredam ekzos, tupang hadapan dan panel tengah disudahi dengan warna hitam bukan krom seperti yang terdapat pada motosikal biasa RE Thunderbird 500.
Berbeza dengan hendal tnggi dan melengkung yang digunakan pada Royal Enfield Thunderbird 500, motosikal baharu ini telah dilengkapi dengan hendal rata yang mengubah postur menunggangnya. Lampu depan projektor, lampu siang DRL LED dan konsol instrumen separa digital berkembar terus digunapakai seperti model standard.
Thunderbird 500X adalah dikuasakan oleh enjin 499cc satu silinder sejukan udara, sama seperti yang terdapat pada Thunderbird 500 standard. Ia menjana 27.5PS pada 5250rpm dan tork puncak 41.3Nm tiba pada 4000rpm. Kuasa dihantar melalui kotak gear 5-kelajuan. Redaman disediakan oleh tupan hadapan teleskopik dan penyerap kejutan gas berkembar di bahagian belakang. Thunderbird 500X didatangan dengan kapasiti tangki bahanapi sebanyak 20 liter. Ia nya dianggarkan akan dijual di India pada harga Rs 2 lakh iaitu Rs 200,000 atau kira kira RM 12,756.
No comments:
Post a Comment