Acara berganda ARRC-ASBK ini akan menjadi acara perlumbaan motosikal antarabangsa yang pertama di The Bend. Ekstravaganza perlumbaan empat hari ini dijadualkan pada 19 hingga 22 April 2018.
Pengarah Two Wheels Motor Racing, Ron Hogg berkata, "Kami sangat teruja dengan kerjasama baharu antara ARRC, ASBK dan The Bend Motorsports Park ini. Kami berharap kerjasama ini akan mewujudkan lebih banyak peluang untuk manfaat industri sukan bermotor di kedua-dua wilayah Asia dan Australia."
"ARRC sentiasa berusaha untuk bekerja rapat dengan semua pihak berkepentingan yang terlibat dalam sukan ini," tambah Ron. Ia bukan hanya terhad kepada penaja, pasukan dan penunggang, tetapi juga melibatkan persekutuan masing-masing (seperti Motorcycling Australia), kejohanan kebangsaan (dalam kes ini Kejuaraan Superbike Australia), dan yang tak kurang pentingnya adalah pemilik litar (The Bend Motorsports Park). Kami percaya bahawa penyatuan sumber dan usaha ini akan dapat menjana lebih banyak pertumbuhan dan peluang bagi pelumba Asia dan Australia".
No comments:
Post a Comment