Pendaftaran
sesi pemilihan pelumba untuk perlumbaan kategori satu pengeluar (OMR)
Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2018 yang telah ditutup
pada 5 Disember lepas mendapat sambutan menggalakkan dengan kira-kira
1900 remaja yang berminat untuk menceburkan diri dalam dunia perlumbaan
secara profesional telah membuat permohonan.
Pemohon-pemohon yang
terpilih akan dihubungi oleh pihak Boon Siew Honda Sdn Bhd dan Hong
Leong Yamaha Motor Malaysia Sdn Bhd untuk hadir ke sesi pemilihan dalam
masa terdekat.
Saingan musim 2018
menyaksikan tiga perlumbaan kategori OMR akan dipertandingkan iaitu
Cabaran Honda Wave Alpha, Yamaha PETRONAS Super Series dan Cabaran
Yamaha NVX melibatkan kira-kira 60 pelumba dalam ketiga-tiga kategori.
Sama seperti musim-musim lepas, perlumbaan kategori ini menjadi satu
lagi landasan untuk remaja belasan tahun mempamerkan kebolehan mereka
dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai pelumba muda berpotensi selain
daapt berlumbaan dengan kos yang minimum.
No comments:
Post a Comment