Toyota Topmark tawar kenderaan pra-milik berkualiti

Rangkaian Toyota TopMark sedang diperluaskan untuk menawarkan kenderaan pra-milik Toyota & Toyota Hybrid terbaharu di lebih banyak tempat di Malaysia, melalui kerjasama dengan empat peniaga bertauliah Toyota.

Barisan outlet Toyota Topmark terbahar adalah:
1. UMW Toyotsu Motors Sdn Bhd (Shah Alam dan Rawang, Selangor)
2. Panglima City Motor Sdn Bhd (Klang, Selangor)
3. ES Yang Motor Sdn Bhd (Muar, Johor)
4. Telagamas Motors Sdn Bhd (Kulim, Kedah)


Lima lokasi baharu ini menyertai lima lagi outlet Toyota TopMark terdahulu yang terletak di Petaling Jaya, Butterworth Johor Bahru dan Kuantan. Kenderaan Pr2-milik Lexus Bersijil juga boleh didapati di lokasi terpilih. Toyota Topmark yang merupakan anak syarikat UMWT yang dimiliki sepenuhnya telah menyediakan kenderaan pra-milik yang berkualiti kepada orang ramai sejak 17 tahun lalu.

Kesemua outlet ini telah menandatangani perjanjian dengan UMWT yang menjadikan mereka penjual Toyota TopMark sepenuhnya. Secara keseluruhannya, lima lagi peniaga Toyota TopMark akan disediakan mulai Januari 2018 (UMW Toyotsu Motors akan mempunyai dua pengedar di cabang Shah Alam dan Rawang).

Sebagai pengedar Toyota TopMark, peniaga Toyota bertauliah kini boleh menerima kenderaan dari apa-apa jenama untuk pembelian kenderaan Toyota baharu (terma dan syarat dikenakan). Toyota TopMark mengamalkan proses dagangan yang adil dan telus yang termasuk mendokumentasikan penyelesaian sebarang jumlah pinjaman tertunggak dan pemindahan hak milik segera. Ini bermakna pelanggan boleh mempunyai peralihan pemilikan mudah kepada model Toyota baharu.

Seperti semua cawangan Toyota TopMark yang lain, barisan pengedar baharu ini juga akan menawarkan model Toyota Pra-milik yang berkualiti tinggi dan Toyota Hybrid. Kualiti dan kebolehpercayaan kenderaan yang ditawarkan dijamin kerana kesemua kenderaan ini telah menjalani pemeriksaan 201 perkara yang ketat dan komprehensif. Ini termasuk pemeriksaan keselamatan untuk memastikan bahawa semua sistem keselamatan berada dalam urutan kerja yang betul dan bahawa tayar mempunyai bunga yang mencukupi (jika tidak, ia nya akan diganti). Bateri standard juga diganti dengan yang baharu dan alatganti tulen Toyota digunakan jika penggantian diperlukan.

Semua kerja dilakukan di pusat servis Toyota yang bertauliah. Melalui proses yang ketat itu, adalah  terjamin bahawa tidak akan ada masalah yang mungkin timbul kepada pemilik kereta seterusnya. Tambahan pula, untuk ketenangan fikiran kepada pemilik baru, setiap kenderaan dilengkapi dengan jaminan 2 tahun atau 40,000 km perjalanan (yang mana terdahulu selepas pembelian) pada enjin dan transmisi.

Standard perkhidmatan yang sama yang tinggi boleh didapati di pengedar baharu Toyota TopMark yang bertauliah, agar pembelian kenderaan dari mereka adalah sama seperti dari mana-mana cawangan Toyota TopMark yang lain. Penambahan perkhidmatan Toyota TopMark menjadikan pusat pengedar ini sebagai satu pusat sehenti untuk hampir semua aspek pembelian dan pemilikan kenderaan Toyota.

No comments: