Gobox: Gerobok atau lemari dalam loghat Melaka Lama tak melepak dengan salah satu kelab motosikal berdaftar tersenior di Malaysia, iaitu Cop Riders Club. Masih ingat lagi macamana dulu kami berusaha menubuhkan kelab ini hasil perbincangan di 'port' awal dahulu iaitu di Jln Binjai, sebelum berpindah prt ke Jlan TAR, KL. Malam tadi kami cuba pula satu lagi port baharu atas jemputan salah seorang ahli CRC iaitu saudara Gig saiful yang membuka gerai makanan kudapan melayu tradisional.
Port yang dimaksudkan ialah Gobox Concept yang terletak di No.12 Jalan Liew Weng Chee Off Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur. Cuma 300m dari KLCC, port santai ni menawarkan kawasan yang tenang, jauh dari jalan besar, boleh borak dengan selesa sambil makan pelbagai makanan yang ditawarkan di sana, dari kudap kudapan hinggalah makanan yang mengenyangkan. Sambil makan boleh kena plak minum air yang pelbagai citarasa sambil gelak ketawa dengan kengkawan.
Berkonsep food court kontena open air terbuka yang ada menawarkan macam macam makanan dari menu tempatan, western, mexican, jepun, italiano dan macam macam lagi. Antara menu yang ditawarkan di GOBOX CONCEPT : [+] Lobster [+] Teppanyaki [+] Asam Pedas [+] Shellout [+] Pizza (yang warna pink tu menarik...) [+] Churros [+] Buffalo Wings [+] Thai food [+] PATIN Tempoyak [+] Lempeng [+] Otak2 [+] Kudap kudapan cekodok lempeng banana cheese dari gerai Gig Saiful
Macam macam lagi la ada kat sana. Kalau nak senaraikan mau sampai esok tak abis. Dan kontena ni dua tingkat, bawah jual makanan, kat atas ata eruncitan dan lain lain, nak rias kuku pun ado.... Kat mana lokasi sebenar? haa, korang kalau bawak kereta ke parking senang sebab ada servis valet rm4 sahaja, moto parking percuma (SEMUA jenis moto dialu alukan tak kira apa saja, kita bikers tiada beza, janjinya dua roda....syarat: parking elok elok der). Boleh search kat maps atau waze "gobox concept" atau terus ke Jalan Liew Weng Chee menyimpang dari Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur.
Waktu operasi dari 6 Petang sampai 2 Pagi. Jadi kalu, korang nak lepak sampai tengah malam & nak carik makanan best tengah KL yang berbaloi, boleh laa datang. Setiap bulan ada cabutan pemenang bertuah, yang akan dapat baucar RM30 untuk guna kat Gobox Concept. Mana tau rezeki korang..... kan? Jumaat dan sabtu boleh layan dengan buskers. Dan kalau ada yang nak makan kelass sikit, ada cafe Sanggul kat situ, yang menyajikan makanan masakan chef ala semi-fine dining dari pukul 10 pagi hingga 10 malam tiap hari. Jom!!