Nicky Hayden meninggal dunia: Bekas juara dunia MotoGP berumur 35 tahun selepas kemalangan berbasikal di Itali



22 MEI 2017

Pelumba Amerika Syarikat ini yang juga dikenali sebagai 'The Kentucky Kid' terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika latihan di sepanjang pantai Rimini

Nicky Hayden, penunggang World Superbike Championship dan Juara Dunia MotoGP 2016, telah meninggal dunia lima hari selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa berbasikal di sepanjang pantai Rimini di Itali pada Rabu lalu apabila sebuah kereta bertembung dengan basikalnya.

Hayden, dari Owensboro, Kentucky, mengalami kecederaan pada kepala dan dada dan telah dipindahkan ke Hospital Maurizio Bufalini di Cesena, di mana beliau dirawat di unit rawatan rapi.

Pelumba dari Red Bull Honda ini sedang menjalani latihan di Italy selepas menduduki tempat ke-12 dalam perlumbaan World Superbike Championship di Imola pada 14 Mei. Kematiannya telah diumumkan oleh hospital Cesena pada petang Isnin, dengan doktor menjelaskan bahawa Hayden telah mengalami "polytrauma” yang serious berikutan kemalangan itu.



Kenyataan hospital berbunyi: "Pasukan perubatan telah mengesahkan kematian pesakit Nicholas Patrick Hayden, yang telah menjalani rawatan sejak Rabu lepas 17 Mei di unit rawatan rapi Hospital Bufalini di Cesena berikutan polytrauma sangat serius yang berlaku pada hari yang sama. 




SYM VTS200 dari Selangor ke Sempadan China Sejauh 8033KM Secara Solo


Harprit Singh, (lebih dikenali sebagai Chris) adalah seorang peminat motosikal yang berasal daripada Selayang, Selangor baru saja melengkapkan penjelajahan solo beliau sejauh 8033KM bermula pada 4hb Mac sehingga 19hb Mac 2017 menggunakan jentera VTS200. Beliau berupaya menyempurnakan tunggangan yang bersejarah sejauh 8033 KM ini merentasi 6 Sempadan Negara Indochina termasuklah Malaysia, Thailand, Myanmar, Laos, Kemboja dan China. Rancangan asalnya beliau ingin merentasi 7 sempadan, namun dengan masa yang mencemburuinya, beliau terpaksa melupakan sempadan Vietnam.


Pengalaman tunggangan Chris ini sekali lagi telah membuktikan bahawa SYM VTS 200 yang menampilkan gaya dan jentera yang inovatif ini telah memberikan prestasi bukan sahaja untuk perjalanan harian tetapi berupaya untuk melakar perjalanan jarak jauh yang mencabar. Jumlah keseluruhan jarak yang ditempuhi adalah 8,033.3 KM. Untuk kos keseluruhan bahan api, hanya RM1,065.00 dan untuk tempat tidur dan makan minum hanya dibelanjakan sejumlah RM1,065.00 untuk 16 hari.

Jumlah kos adalah ebih kurang RM 2000.00, tidak termasuk caj masuk tempat tarikan pelancong, kos tukar minyak hitam, minyak gear, dan peralatan membaiki yang telah dibeli pada awalnya sebelum kembara ini bermula.

Menurut beliau, telah menunggang lebih kurang 500 KM sehari secara puratanya dan ada kala memaksanya menunggang selama hampir 15 jam sehari diatas jalan bermula dari jam 4.00 pagi. Ia sememangnya mencabar mental dan fizikal, melalui pelbagai perkara tanpa diduga, hampir terlanggar lembu, hampir putus asa tetapi perlu ada keyakinan yang kuat dari hari ke sehari. Beliau berharap, beliau dapat menginspirasikan ramai lagi ‘rider’ di luar sana untuk tidak merasa gentar untuk menjelajah dunia walaupun anda tahu anda seorang diri.



Menurut Harpit Singh, beliau berasa lega dan bersyukur telah tamatkan pengembaraan Tunggangan 6 Sempadan Negara dan sentiasa bersedia untuk tunggangan yang lain di masa depan. Tunggangan itu tidak mengira tentang CC motosikal atau kelajuan, tetapi ia sebenarnya tentang perjalanan yang luar biasa yang kita tempuhi. Jika anda terdetik sesuatu dalam minda untuk menghadapi cabaran, jangan biarkan halangan menghentikan niat tersebut, tetapi buat persiapan yang rapi , kajian serta asas membaiki dan yang paling penting, nikmati setiap detik perjalanan kamu. Dunia ini ibarat sebuah lebuhraya yang tiada penghujung, terokailah ia. Ia akan jadi cerita buat anda yang akan kekal selamanya. 

Untuk maklumat yang lebih lanjut dan gambar, sila layari https://www.riderchris.com/trips/6-nations-borders-ride/



 CIRI – CIRI ISTIMEWA SYM VTS 200

Ruang simpanan yang besar 45L di bawah tempat duduk yang boleh menyimpan 2 unit topi keledar.

Soket pengecas telefon bombit yang memudahkan para penunggang
      
       Tangki minyak yang berkapasiti 14.7 liter yang mampu membawa lebih jauh dan jimat minyak.
      
       Tempat duduk yang selesa dengan sokongan belakang untuk merehatkan tulang belakang. 

       Pemegang cengkaman yang direka khas untuk keselesaan pembonceng motosikal

       Mengekalkan lonjakan di tahap tinggi di setiap sudut tanpa menjejaskan kestabilan dan keselesaan

       Jentera yang kuat dan cepat pecutan, dan mampu mencapai 130 to 145km/h kelajuan maksima. 

       Pengendalian menunggang yang mudah dan lancar berbanding dengan rangkaian lain yang seumpamanya dalam skuter.

       Harga Jualan RM 11 766.00 (Termasuk GST 6%)