Marah dan sakit hati melihat sikap pemandu lain sewenang wenangnya memandu secara tidak berhemah? Memotong queue di lorong kecemasan? Menghimpit anda? Bersikap samseng? Biadap?
Mudah saja. Keluarkan telefon pintar, dan ambil gambar atau video.
Kemudian hantar ke http://Wasap.my/601151115252
Anda boleh menyimpan nombor +601151115252 ini dan laporkan bila nampak buli jalanraya buat kesalahan jalan raya.
Mari kita sama sama bantu usaha membanteras masalah buli jalanraya ini. Saluran ini dilancarkan sejak 17 Jun 2017 lepas bertujuan membolehkan orang ramai melaporkan salah laku yang berada dalam bidang kuasa jabatan tersebut, di bawah peruntukan Akta 333 yang boleh dirujuk di pautan ini.
Pengarah JPJ, Datuk V. Valluvan, menyatakan pengguna boleh melaporkan salah laku kepada pihaknya dengan menyatakan lokasi, masa, dan kesalahan yang ingin dilaporkan. Gambar kesalahan amat digalakkan untuk disertakan sekali.